fbpx

Debat isu perbankan Islam, saya bersedia

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 363Words
  • 225Views

Beberapa hari ini ramai pula yang mencadangkan saya berdebat isu Perbankan Islam dan riba.

Lebih-lebih lagi selepas kenaikan OPR dan kebetulan ada debat Najib – Anwar, minggu lepas.

Secara jujurnya, saya bukanlah pendebat. Tapi kalau ada orang cabar, saya usahakan untuk terima. Bukan untuk tunjuk hebat tapi untuk melawan fitnah-fitnah yang melanda.

Tahun lepas ada seorang mamat nama Anugerah Iskandar (bukan nama sebenar) beria nak live isu Perbankan Islam tapi apabila saya terima, dia kata nak bawa geng. Saya kata ok untuk bawa geng tapi malangnya geng yang dia ajak itu katanya tak respon jadi cabaran tinggal cabaran.

Begitu juga seorang forex trader yang beria-ia mempertahankan forex trading, apabila diajak live (bukan debat pun), menolak. Kemudian apabila saya buat live dengan forex trader lain, dia terhegeh-hegeh ajak live. Kemudian saya cadangkan debat, mula-mula terima tapi lepas tu macam-macam alasan pula diberikan.

Di Twitter juga pernah ada yang ajak saya debat dalam bahasa Inggeris dan saya katakan bahawa jika dalam BM saya ok. Saya tak malu untuk mengaku kelemahan saya berkomunikasi dalam BI. Kemudian dalam satu event space yang menampilkan pencabar tadi dengan topik perbankan Islam dengan translator, saya tawar diri sebagai panel untuk menjawab hujah beliau, tapi dia pula yang tolak.

Di Tiktok pula ada seorang mamat yang banyak sangat pertikaikan perbankan Islam. Kemudian saya buat video balas dan ada yang cadangkan debat. Saya terima dengan hati terbuka. Bukan sebab nak tunjuk pandai, tapi untuk menjawab fitnah terhadap perbankan Islam. Difahamkan mamat berkenaan menolak.

Beberapa hari lepas juga ada seorang haters yang mencabar saya untuk berdebat. Saya reply bahawa saya ready dan ajak beliau. Rupa-rupanya dia tak berani pun dan nak suruh saya yang mencabar debat dengan si polan si polan. Aduyai, ada juga jenis begini.

Screenshot di bawah ini pula satu cadangan untuk berdebat dengan seseorang yang selalu pertikaikan bank Islam. Sebagaimana pendirian awal saya tadi, saya bukan jenis orang yang suka cabar debat. Tapi kalau ada yang cabar dan anjurkan, insya Allah saya terima.

Biasanya mana-mana debat, takkan ada pihak mengaku salah dan kalah. Ia juga takkan mengubah pendirian mana-mana pihak.

Teringat pula satu kata-kata yang masyhur suatu ketika dahulu,

“Debat bukan budaya kita” 🤣

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada pepatah Inggeris menyebut, “A banker lends you an umbrella…