fbpx

Penting Sangatkah Laporan CCRIS?

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 751Words
  • 577Views

Sebelum ini saya pernah melihat mendapatkan laporan CCRIS daripada beberapa platform seperti eCCRIS, CTOS dan CBM.

Semalam saya gunakan platform My Credit Online yang dibangunkan oleh RAM Credit Info (RAMCI) dan mendapat format laporannya sangat WOW! Platform ini disediakan oleh RAMCI yang mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia untuk menyediakan servis ini.

Tidak banyak platform yang menyediakan perkhidmatan sebegini di Malaysia selain secara terus dari BNM atau AKPK sendiri.

Laporan ini dinamakan Personal Credit Report PLUS (PCRP).

Berbalik kepada soalan awal, penting sangat ke laporan CCRIS?

Analogi mudah macam “medical report” atau laporan perubatan, penting tak?

Penting tak penting bergantug kepada kesedaran seseorang.

Bagi individu yang mementingkan kesihatan, ia sangat penting.

Dengan laporan perubatan yang mengandungi kadar kolesterol dalam darah, jenis darah, tahap gula, sel darah merah, tahap jantung selain berat dan tinggi – kita boleh tahu tahap kesihatan kita yang sebenar.

Bagi individu yang pentingkan kesihatan, dengan laporan tersebut dia akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kesihatan berkekalan. Begitu juga laporan kewangan CCRIS.

Ia mengandungi laporan hutang piutang kita dan seterusnya menggambarkan kedudukan kewangan seseorang.

 

Alternatif Platform Untuk Dapatkan Laporan CCRIS

Jika anda pernah gunakan platform lain untuk dapatkan laporan CCRIS, boleh cuba yang ini dengan laporan yang lebih komprehensif berbanding laporan CCRIS biasa.

Ia dipanggil PCRP atau Personal Credit Report PLUS, yang mengandungi laporan CCRIS dan laporan-laporan kredit lain.

Biasanya, laporan CCRIS melaporkan maklumat hutang dan kredit daripada institusi kewangan dan bank sahaja.

Tapi melalui My Credit Info RAMCI ini, laporan CCRIS lengkap dengan maklumat hutang PTPTN, hutang koperasi, hutang syarikat pinjaman berlesen malah juga laporan pemotongan ANGKASA bagi penjawat awam.

Klik https://www.mycreditinfo.com.my/index.php/home/signup/aff_1032

Boleh dapatkan melalui link ini dengan bayaran hanya RM15.60 sahaja.

Berdasarkan laporan CCRIS yang pernah saya buat melalui platform lain sebelum ini, report daripada RAMCI ini lebih komprehensif.

Berikut antaranya;

  1. Laporan CCRIS hutang-piutang daripada institusi kewangan sebagaimana yang biasa kita perolehi daripada platform lain. Laporan sebegini kita boleh perolehi daripada platform lain. Ia ringkas dan mengandungi detail pembayaran hutang-piutang kita dengan mana-mana bank termasuk hutang kereta, hutang rumah, hutang personal, hutang kad kredit. Hutang sontot tak termasuk.
  2. Skor kedudukan kewangan anda. Platform lain ada yang ada, ada yang tiada. Platform lebih detail setiap skala tahap “kesihatan” kewangan.
  3. Selepas berikan skor, ia berikan beberapa nasihat kepada kita apa nak buat untuk memperbaiki skor tersebut.
  4. Maklumat pegangan saham syarikat dari SSM
  5. Maklumat skim potongan ANGKASA bagi kakitangan awam. Ini memang tak ada dalam laporan CCRIS biasa.
  6. Maklumat berkaitan bankrapsi.
  7. Maklumat berkaitan hutang PTPN. Haaaa! Jangan main-main. Bank boleh tau dah sekarang ni sama ada kita masih ada hutang PTPTN yang tak mansuh-mansuh lagi. CCRIS biasa tak ada maklumat PTPTN ni. Jika bank-bank gunakan laporan RAMCI ini, akan memberi kesan kepada penilaian mereka terhadap peminjam yang culas. Hati-hati ya 🙂
  8. Maklumat berkaitan pinjaman bukan institusi kewangan. Biasanya dalam CCRIS, maklumat pinjaman dengan institusi kewangan sahaja. Tapi kali ini yang bukan kewangan pun. Contoh dengan AEON Credit, BMW Financial Services dll.
  9. Maklumat pinjaman dengan koperasi pun ada!
  10. Maklumat berkaitan “proceeding” mahkamah pun ada juga selain bankrapsi.
  11. Jika ada pihak akses maklumat kita, pun kita boleh tahu.

Memang WOW, laporan ini. Hanya RM15.60 untuk dapat semua Personal Credit Report PLUS (PCRP).

Jika ingin lebih advance, ada pakej JagaID beserta PRCP percuma selama setahun dengan bayaran RM50 sahaja. Nak cuba?

https://www.mycreditinfo.com.my/index.php/home/signup/aff_1032.

Disertakan sample PRCP seorang klien saya. Kenal tak beliau?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 


Halaman Pertama

Pada halaman pertama ini akan mengandungi maklumat peribadi kita beserta “credit score” yang diberikan dari skala 1 hingga 10.

Contoh untuk mamat ini, score markah adalah 361 yakni berada pada tahap WEAK, nombor 2. Disertakan sekali kenapa skor begitu rendah dan disertakan cara-cara untuk meningkatkan skor tersebut.

Jadi dari sini, mamat tersebut boleh rancang apa nak buat selepas membaca report tersebut.

 

Halaman kedua

Ini adalah laporan utama CCRIS, yang mengandungi semua maklumat hutang dan kredit seseorang dengan semua institusi kewangan di Malaysia.

 

Halaman ketiga

Nampak tak logo ANGKASA tu?

Bagi individu kakitangan awam, disertakan sekali laporan pemotongan pinjaman melalui ANGKASA. Laporan CCRIS biasa tak ada semua ni.

Selain itu ada juga maklumat pegangan saham syarikat-syarikat di bawah SSM.

 

Halaman keempat

 

Halaman kelima 

Ini pula mengandungi laporan jika ada tindakan berkaitan bankrapsi dan peruntukan perundangan lain yang melibatkan hutang piutang dan pinjaman.

 

Halaman keenam 

Ini pula laporan kredit daripada selain institusi kewangan dan bank seperti AEON Credit, BMW Financial Services

Juga kita boleh dapat tahu jika ada mana-mana pihak yang mendapatkan maklumat CCRIS kita.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah." Ini yang…