Delay tapi masih patuh syariah? Jom kupas & fahami isi kontrak
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/07/QM.png?resize=678%2C467&ssl=1)
*DELAY TAPI MASIH PATUH SYARIAH? JOM KUPAS & FAHAMI ISI KONTRAK*
Dalam kontrak, QM menjalankan tugasan sebagai wakalah @ agensi bagi pihak ahli QM untuk mencairkan emas ahli.
Sebagai Wakalah @ agensi yang mewakili ahli proses liquidation mungkin terpaksa ambil masa yang lebih lama untuk mencairkan emas kepada pihak pembeli seperti mana yang tertera dalam perjanjian jual beli produk.
Kontrak jualan @ liquidation akan dilaksanakan apabila ada pembeli yang beli dengan spot basis yang dipersetujui oleh ahli QM.
Situasi delay terjadi apabila situasi all time high berlaku dan penamatan kontrak besar besaran oleh Ahli QM yang menjangkaui operasi dan berlaku diluar kontrak jualan oleh ahli.
Secara kesimpulan ringkas, QM adalah wakil bagi pihak kita untuk mencairkan emas yang kita persetujui jual dengan harga gold spot semasa termination.
KENAPA 75% SUDAH DAPAT PAYMENT ?
Walaupun QM sebagai agent kepada ahli, QM sendiri juga boleh beli emas daripada ahli. Pada ketika itu QM mempunyai dana USD70juta sahaja dan tidak mencukupi untuk beli sekitar USD100juta nilai penamatan kontrak (termination).
Baki 25% lagi QM kekurangan fund untuk menyelesaikan segera bagi pihak ahli, waktu itu tiada siapa yang ingin beli emas ahli dengan harga yang tinggi kerana emas menurun harganya selepas ATH. QM tidak mahu ahlinya rugi jika jual kepada pihak pembeli dengan lebih murah.
Sebab itu QM dalam proses untuk menjadi bullion bank sendiri bagi mudahkan terus beli daripada ahli apabila berlaku termination next time.
Oleh itu QM telah menjadikan emas yang ada sebagai collateral @ jaminan bagi mendapatkan fund fasiliti untuk bertindak sebagai QM bullion bank sekaligus dapat menyelesaikan proses jualan yang ahli telah arahkan.
Akhir sekali, termination bukanlah proses jualan yang conclusive selagi mana QM yang bertindak sebagai wakalah selesai mencairkan emas ahli kepada pihak yang membeli. Termination hanya bersifat seperti satu arahan untuk jual bagi pihak ahli.
Oleh sebab itu ianya masih lagi dalam situasi patuh shariah seperti mana yang telah dijelaskan dalam memo berkaitan isu delay.
Harap ini mampu memberikan kefahaman proses yang sedang berlaku.
-DD Lee-
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran