fbpx

Derma, Ikhlas dan ….

  • 9 years ago
  • 5Minutes
  • 814Words
  • 352Views

pengemis_budak.gif
Sumber Foto: http://imp.lss.wisc.edu/~emraffer/083a.htm

Suatu hari di Jalan Masjid India, ketika pulang daripada pasaraya Mydin, di sebuah gerai makan.

Abang, minta derma bang”, tiba-tiba saya disapa.

Saya menoleh ke arah suara tersebut.

Seorang kanak-kanak sekitar usia 8 – 10 tahun, dengan pakaian compang-camping, menghulurkan tangan meminta sedekah.

“Bang, saya lapar. Minta duit nak beli makan”, rayanya lagi. Wajahnya betul-betul sayu mengharap pertolongan.

Saya betul-betul kasihankan dia. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana hidupnya hingga terpaksa meminta sedekah mendapatkan makanan.

Di mana ayahnya? Di mana ibunya? Di mana rumahnya? Di mana adik-beradiknya? Semua persoalan ini hanya bermain di benak saya dan ditelan oleh hiruk piruk orang ramai di situ.

Saya membayangkan adik saya yang mungkin seusianya yang berada di kampung. Sungguh kasihan melihatnya…

“Kalau begitu, apa kata abang belanja adik?”, pelawa saya.

Kanak-kanak itu nampak kaget. Dia gelengkan kepala dan terus merayu lagi…

“Minta duit bang….”, seolah-olah ada rangkap kata yang tidak terkeluar daripada mulutnya.

….. terus sahaja dia berlalu.

Saya menggeleng-gelengkan kepala.

Apa yang saya syaki sedari awal tadi menunjukkan tanda-tandanya.

Sebelum ini saya pernah membaca tentang sindiket pengemis cilik daripada akhbar-akhbar harian utama. Ternyata anak kecil itu saya optimis antara yang terlibat.

Kenapa saya mendakwa demikian. Jawapannya mudah; kerana dia tidak mahu menerima pelawaan saya untuk menjamah makanan. Jika dia benar-benar pengemis yang kelaparan sudah tentu dia tidak menolak ajakan saya untuk membelanjanya makan.

Bukan saya tidak mahu memberinya duit. Bukan mahu mengungkit-ungkit pemberian. Saya tahu bahawasanya tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan di bawah. Namun, apalah gunanya andai duit yang saya berikan itu diraih oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab mempergunakan kanak-kanak itu untuk meraih keuntungan tanpa modal.

Pernah juga saya didatangi oleh seorang kanak-kanak pengemis sepertinya, di tempat lain, di waktu yang lain.

“Bang, sedekah bang”, sambil menghulurkan beberapa buah buku bacaan Yaasin, dan buku agama.

“Berapa harganya?”.

“Ikhlas je bang”, katanya sambil tersenyum.

Kagum saya melihat anak kecil ini. Saya sempat berbual-bual dengannya. Katanya, dia daripada Bangladesh (kalau tidak silap saya, tetapi yang pasti bukan orang Malaysia). Keluarganya menetap kira-kira 5-6 tahun di Malaysia sebagai pendantang. Buku-buku tersebut di ambil daripada toko buku di jalan Masjid India. Sekiranya jualannya laris, maka komisen akan diperolehi daripada pemilik toko buku.

Saya tidak membeli buku-buku tersebut, tetapi saya membelikan sebotol air dan sebuku roti. Ternyata dia gembira. Saya turut gembira kerana dia tidak “lari” apabila dipelawa untuk makan seperti kanak-kanak di dalam peristiwa pertama tadi.

USAH PERSOALKAN ORANG YANG MEMINTA DERMA

Derma adalah ibadat. Tidak kira berapa banyak atau pun berapa sedikit yang penting ikhlas. Ikhlas tidak dapat dikira dengan jumlah wang yang didermakan. Ikhlas juga tidak dikira berdasarkan berapa kekerapan. Allah jualah yang maha mengetahui.

pengemis_tipu.gif
Sumber Foto: www.amirhakimi.com

Mungkin betul ada sebilangan orang yang memungut derma, atau mengemis tetapi menipu. Namun untuk kita menganggap semua pengemis atau pemungut derma begitu adalah tidak adil sama sekali.

Jika kita didatangi oleh peminta sedekah atau pemungut derma, sekiranya kita mengesyaki sesuatu, usah pertikaikan kepadanya. Kerana sekiranya yang datang itu betul-betul memerlukan, tentu dia akan rasa terhina.

Bayangkan kita berada di tempatnya. Tentu terguris hati kita apabila dipertikaikan ketidakmampuan kita. Jika tidak mahu menyumbang, biarkan sahaja tanpa perlu mempertikaikan sedikit pun.

Dewasa kini, pelbagai mekanisme yang wujud dalam dunia moden hari ini. Antaranya melalui mesin ATM e-derma, seperti yang terdapat di Masjid Kg Baru. Menggunakan mesin ini, para penderma hanya memasukkan kad ATM ke dalam mesin yang disediakan dan kemudian memasukkan jumlah yang hendak didermakan, laksana mesin ATM.

e-derma.gif
Foto ihsan Sdra Mukhtar Suhaili

Selain itu, melalui skim takaful juga terkandung mekanisme derma di dalamnya kerana setiap caruman yang dibayar ke dalam setiap polisi takaful, sebahagiannya akan dimasukkan ke dalam akaun derma untuk digunakan sekiranya terdapat pemegang polisi yang ditimpa musibah seperti kematian, sakit, dan sebahagiannya.

KE MANA DUIT ZAKAT

Zakat juga sebahagian daripada mekanisme untuk menderma. Namun zakat lebih luas lagi konsep dan hukum berbanding derma dan sedekah. Di Lembaga Zakat Selangor, turut menyediakan pembayaran zakat secara online.

Zakat merupakan salah satu daripada aspek pengurusan kewangan Islam, yang tidak ada di dalam sistem konvensional. Di dalam sistem konvensional, yang ada hanyalah cukai yang dibayar kepada kerajaan.

Berdasarkan ceramah Dr Hassan Ali (Adun Gombak Setia merangkap Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor) pada 22 Jun lalu, kutipan zakat di Selangor pada 2007 mencecah RM 200 juta setahun!

Ya, 200 juta setahun!

Saya merujuk laman www.suaraselangormaju.com.my dan dan www.e-zakat.com.my, kutipan zakat pada 2007 secara rasmi adalah RM202.1 juta.

Di dalam Islam, duit zakat hendaklah dihabiskan untuk membantu orang miskin. Wang zakat dikutip untuk dihabiskan. Ya, untuk dihabiskan, bukan untuk dilaburkan, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh sesetengah pusat zakat negeri.

Rasanya tidak perlu untuk diceritakan kisah bagaimana di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, wang zakat diagih-agihkan sehingga tiada rakyat yang layak untuk menerima lagi zakat tersebut.

Andainya sejarah ini berulang hari ini, tentu saya tidak lagi berjumpa lagi pengemis-pengemis kecil tadi untuk masa-masa akan datang.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

4 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pernah ditayangkan disiarkan dahulu. Ditayang Disiar kembali dengan beberapa penambahbaikan.…