fbpx

Di Kandang Orang Bersalah: Frequently Asked Question (FAQ)

  • 9 years ago
  • 3Minutes
  • 402Words
  • 558Views

Pada suatu hari terserempak dengan seorang senior saya. Satu sekolah dengan saya, dan satu universiti dengan saya, malah satu kuliah dengan saya.

Satu soalan cepu emas yang saya sudah duga, “Awak buat apa sekarang?”.

Jawapan saya untuk soalan cepu emas tersebut, “Berniaga”.

Nampak wajahnya agak terkejut. Memang di dalam jangkaan saya. Maka saya pun menerangkan serba sedikit apa yang asya usahakan. Sambil-sambil itu saya sedikit sebanyak menawarkan kepada beliau perkhidamatan-perkhidmatan yang saya lakukan yang mungkin sesuai untuk beliau. Saya lakukan demikian adalah untuk mengalih perhatian beliau daripada bertanyakan soalan yang benar-benar cepu emas. Dan, tidak sampai beberapa ayat saya menerangkan tentang perniagaan saya, satu soalan yang sememangnya saya elakkan muncul juga.

“Habis tu, awak tak practise?” practise merujuk kepada pengamal undang-undang atau dengan kata lainnya sebagai peguam.

Saya bukan tidak mahu menjawab soalan tersebut, tetapi soalan tersebut selalunya akan membawa kepada topik perbincangan yan tiada sudahnya. Lebih-lebih lagi dengan seorang peguam yang selalunya taksub dengan bidang yang diceburi. Selepas 4 tahun saya bergelar graduan undang-undang, daripada sepuluh orang yang saya jumpa, sekurang-kurangnya tujuh orang akan meluahkan rasa kesal apabila mengetahui saya tidak prctise.

“Tak, saya terus berniaga selepas grad”, jawap saya ringkas, setelah usaha untuk mengalihkan perhatiannya kepada topik lain gagal. Nampaknya saya akan berhadapan dengan beberapa soalan-soalan cepu emas.

Dan sememangnya dugaan saya tepat apabila beliau berkata, â”Sia-sia awak belajar tinggi-tinggi, nak belajar undang-undang ni bukan senang. Kena hafal kes itu kes ini, akta itu akta ini, seksyen itu seksyen ini. Orang lain susah payah nak dapat degre LL.B, nak jadi lawyer, awak senang-senang je sia-siakannya”.

Jika tiga tahun dahulu, saya diajukan soalan-soalan ini, saya akan meningkah kata-kata itu satu persatu. Tapi setelah empat tahun berlalu, soalan-soalan sebegini sudah lebih seratus kali menerjah masuk ke telinga saya, sehinggakan saya boleh buat FAQ (Frequently Asked Question) untuk diri saya.

“Awak tau tak, betapa ruginya awak sia-siakan peluang yang ada. Kalau setakat berniaga, tak payah masuk universiti pun boleh buat…….”

Kali ini saya hanya senyum sahaja membiarkan beliau memberi hujah-hujah seolah-olah saya berada di kandang orang yang bersalah di dalam mahkamah dan dia pula pendakwaraya.

“Sekarang ni, nak cari kerja bukannya senang. Awak tengok penganggur-pengganggur berijazah”

Selepas pendakwaraya menghabiskan hujah-hujahnya, dan tanpa membela diri, saya membiarkan mahkamah tanpa hakim tersebut bersurai.

Maka perbicaraan pun ditangguhkan.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Yang pasti, perbicaraan akan disambung semula dengan pendakwaraya-pendakwaraya yang lain, tetapi masih dengan seorang pesalah yang sama dan soalan-soalan FAQ yang sama. Itulah nasib seorang pesalah tanpa peguambela.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

18 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Poster ini saya dedikasi untuk Masa yang sudi meluangkan masa…