3 Tanda Kita Dalam Masalah Kewangan

Di petik dari FB Aiman Zaki Salleh

3 tanda kita dalam masalah kewangan.

1. Tak tahu duit hilang ke mana.

Buat kira-kira sepatutnya boleh simpan RM500 sebulan. Hujung bulan duit tersebut ghaib.

Bila dapat bonus, bonus pun turut ghaib. Selain tidak tulis dan rekod aliran tunai – ini mungkin juga dari cara berfikir yang tidak betul tentang pengurusan wang.

2. Tidak mampu menyimpan – tanda seseorang itu gagal menguruskan kewangan dengan baik.

Kita urus kewangan bukan tujuan menjadi kaya. Ia tentang mencapai matlamat dan kebebasan kewangan.

Hanya ada dua cara untuk menyimpan – tambah pendapatan atau kurangkan perbelanjaan. Kalau salah satu kau tak boleh buat, memang kau dalam masalah.

3. Bila meminjam, kau tak mampu nak bayar balik.

Banyak kes berlaku apabila belanja menuruti kehendak. Tak sedar kemampuan diri dan lebih kepada untuk menunjuk-nunjuk dan memuaskan orang sekeliling.

Ada juga kes gagal berniaga atau ditipu skim pelaburan.

Sampai bila kita nak hidup dalam masalah ni?

2020 – Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan!

#teamINFAQ

 

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com