Diana Danielle enggan beli rumah di Malaysia – “Baik beli emas”

Begini Diana,
Emas atau hartanah, kedua-duanya memang mahal sekarang ni.
Jika sekarang dengan modal setengah juta, dapat beli rumah saiz kotak. Modal yang sama 20 tahun lepas mungkin boleh boleh beli rumah saiz ladang bola.
Sama juga dengan emas, dengan modal setengah juta sekarang dapat emas sekilo setengah. Tapi dengan modal yang sama 20 tahun lepas, mungkin boleh beli emas 10 kilo!
Tapi sebenarnya jika di luar KL, boleh dapat rumah banglo dengan modal setengah juta tu sekarang.
Bukan harga rumah dan emas makin naik, tapi nilai duit kita makin kecil.
Cuma bezanya emas dari dulu sampai sekarang, boleh beli dengan modal yang kecil berbanding beli rumah.
Berikut adalah perbandingan emas dan rumah. Meh dekat dengan Afyan…
1. MODAL PEMBELIAN
Emas: Emas boleh dibeli dengan modal yang kecil. Kita boleh memulakan pelaburan dengan membeli 1 gram emas sahaja atau lebih rendah, tanpa perlu modal yang besar.
Rumah: Untuk membeli rumah, ia memerlukan modal yang lebih besar, biasanya bermula dari puluhan ribu, ratusan ribu hingga jutaan ringgit untuk satu unit, bergantung kepada lokasi.
Dalam hal ini, emas lebih mudah dimiliki berbanding rumah
Daftar di sini untuk beli emas.
Daftar PERCUMA sahaja. Lepas daftar, kami akan masukkan dalam group untuk belajar ilmu-ilmu emas.
2. TUNAI VS PEMBIAYAAN
Emas: Emas biasanya dibeli secara tunai. Tiada kemudahan pembiayaan khas untuk membeli emas.
Rumah: Bagi rumah, pembelian boleh dilakukan secara tunai atau melalui pembiayaan bank. Bank menyediakan pembiayaan jangka panjang, membolehkan anda membeli rumah walaupun tidak mempunyai modal yang besar pada mulanya.
Di sini wujudnya kelebihan leverage dalam pelaburan hartanah berbanding emas.
3. TUJUAN PEMBELIAN
Emas: Emas berfungsi sebagai penyimpan nilai dan tidak menghasilkan pendapatan pasif. Anda menyimpan emas dan menjualnya apabila harganya meningkat.
Rumah: Rumah bukan sahaja aset pelaburan, tetapi juga boleh didiami.
Beli rumah, paling tidak dapat dijadikan tempat tinggal. Pernah dengar orang tinggal dalam emas?
4. KECAIRAN
Emas: Emas sangat mudah dijual apabila diperlukan. Proses jual beli emas sangat cepat dan tidak melibatkan banyak prosedur.
Rumah: Menjual rumah memerlukan lebih banyak masa dan proses, termasuk urusan undang-undang serta persetujuan pembeli dan bank (jika ada pinjaman).
Emas lebih cair berbanding rumah. Jual emas boleh selesai dalam masa kurang 24 jam, berbanding hartanah yang memakan masa berbulan-bulan malah mungkin makan tahun.
5. PENINGKATAN NILAI
Emas: Nilai emas cenderung meningkat secara konsisten dalam jangka masa panjang, tetapi pergerakannya sederhana.
Rumah: Nilai rumah boleh meningkat dengan lebih ketara, bergantung kepada lokasi dan keadaan pasaran hartanah.
Secara subjektifnya, harga kedua-dua emas dan rumah adalah meningkat dalam masa 20 tahun ke belakang. Cuma bezanya harga rumah berkait rapat dengan lokasi.
6. KOS PENYELENGGARAAN
Emas: Selepas membeli emas, tiada kos penyelenggaraan yang diperlukan. Hanya perlu simpan di tempat yang selamat.
Rumah: Rumah memerlukan kos penyelenggaraan seperti pembaikan, insurans, dan bayaran cukai hartanah setiap tahun.
Emas lebih mudah disimpan dan diselenggara berbanding rumah.
7. RISIKO HILANG DAN CURI
Emas: Emas berisiko hilang atau dicuri jika tidak disimpan dengan selamat. Simpanan dalam peti simpanan atau bank adalah langkah terbaik.
Rumah: Rumah tidak akan hilang secara fizikal, tetapi boleh rosak akibat bencana alam atau kemerosotan nilai pasaran.
Tak pernah dengar lagi kes rumah tiba-tiba hilang.
8. PELUANG PENDAPATAN BULANAN
Emas: Emas tidak menghasilkan pendapatan bulanan. Kita hanya memperoleh pulangan apabila menjual emas pada harga yang lebih tinggi.
Rumah: Rumah boleh disewakan atau dijadikan homestay untuk mendapatkan pendapatan pasif secara bulanan, menjadikannya aset yang boleh menghasilkan keuntungan bulanan jika kena caranya.
Jadi, hartanah ada kelebihan menghasilkan pendapatan bulanan melalui pelaburan hartanah sewa.
Kalau nak dapatkan pendapatan bulanan melalui emas, kena jadi ejen emas. Rujuk nombor 11
9. PERUNDANGAN
Emas: Tiada undang-undang khusus yang mengawal selia pembelian atau penjualan emas kerana ia dianggap sebagai komoditi biasa.
Rumah: Hartanah tertakluk kepada pelbagai undang-undang, termasuk undang-undang tanah dan pemilikan, serta proses jual beli yang dikawal oleh akta tertentu.
Atas faktor perundangan ini, scam emas lebih mudah dilakukan berbanding scam hartanah. Baca point seterusnya.
10. SCAM DAN PENIPUAN
Emas: Scam dalam pelaburan emas biasanya melibatkan emas leverage atau skim pulangan bulanan yang tidak realistik. Kadangkala, terdapat juga emas yang dijual pada harga murah tetapi tidak dihantar kepada pembeli.
Rumah: Scam hartanah biasanya melibatkan penjualan rumah pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, tetapi pembeli tidak menerima rumah tersebut atau hartanah itu tidak wujud.
Sebab itulah scam emas lebih mudah dan lebih banyak wujud berbanding scam hartanah.
11. PELUANG PERNIAGAAN
Emas: Menjadi ejen emas lebih mudah. Pendaftaran biasanya percuma, dan kadangkala hanya memerlukan pembelian kecil untuk layak menjadi ejen. Malah, ada cara untuk menjadi ejen emas tanpa modal besar dengan hanya mencari pembeli.
Rumah: Menjadi ejen hartanah lebih kompleks kerana ia memerlukan proses undang-undang, lesen, dan latihan profesional yang diiktiraf. Proses ini lebih panjang dan terikat dengan peraturan tertentu.
Nak jadi ejen emas? Meh join saya di KAB Gold.
Detail di INFAQ Gold
Daftar di sini
Daftar PERCUMA sahaja. Lepas daftar, kami akan masukkan dalam group untuk belajar ilmu-ilmu emas.
12. FLEKSIBILITI MOBILITI
Emas: Emas mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil dan boleh disimpan di tempat yang selamat.
Rumah: Rumah adalah aset tetap yang tidak boleh dipindahkan dan bergantung kepada lokasi tertentu.
Kecuali rumah kampung, masih ada yang boleh dialih. Tapi taklah mudah alih macam emas yang boleh dibawa dari Malaysia ke Wakanda.
13. JANGKA MASA PULANGAN
Emas: Emas sesuai untuk pelaburan jangka sederhana dan panjang kerana ia mudah dijual pada bila-bila masa apabila diperlukan. Malah jangka masa pendek pun boleh jika bernasib baik.
Rumah: Pelaburan dalam hartanah lebih sesuai untuk jangka masa panjang kerana nilai rumah memerlukan masa untuk meningkat dan proses jualan lebih kompleks.
Orang beli rumah, tak tengok harga rumah hari-hari berbanding orang beli emas.
14. PENGARUH PASARAN
Emas: Harga emas dipengaruhi oleh faktor global seperti keadaan ekonomi dunia dan harga komoditi.
Rumah: Nilai rumah lebih bergantung kepada faktor tempatan seperti lokasi, pembangunan sekitar, dasar kerajaan, dan ekonomi negara.
KESIMPULAN
Emas dan hartanah menawarkan kelebihan yang berbeza.
Emas lebih mudah dicairkan dan sesuai untuk pelabur yang mencari pelaburan jangka sederhana dan panjang dengan modal yang lebih kecil.
Hartanah pula memerlukan lebih banyak komitmen dari segi masa, undang-undang, dan modal, tetapi menawarkan potensi pendapatan pasif dan kenaikan nilai yang lebih besar dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, bergantung kepada matlamat kewangan anda, kedua-duanya boleh menjadi aset yang bernilai dalam portfolio pelaburan.
Harap Diana baca ya…
Kawan-kawan yang baca sampai habis, tolong klik share hingga sampai kepada Diana
IKLAN: Bisnes emas ni simple. Tak perlu leverage, tak perlu lipat sana sini.
Beli emas dapat emas.
Jual emas dapat duit.
Meh join saya di KAB Gold
Detail di INFAQ Gold
Daftar di sini
Daftar PERCUMA sahaja. Lepas daftar, kami akan masukkan dalam group untuk belajar ilmu-ilmu emas.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran