fbpx

Dilema boikot KFC

  • 4 days ago
  • 2Minutes
  • 224Words
  • 13Views

Boikot KFC adalah disebabkan

– KFC Malaysia membayar royalti kepada KFC Corporation di Amerika Syarikat

– Amerika Syarikat adalah sekutu besar Israel

– Jadi, kesimpulan yang ramai orang buat ialah membeli KFC Malaysia ibarat memberi sokongan kepada Israel

– Jadi kena boikot KFC sebagai tanda sokongan kepada Palestin

– Duit yang tidak disalurkan kepada KFC, boleh digunakan untuk produk brand tempatan

– Para pekerja KFC yang terkesan oleh boikot boleh kerja di tempat lain.

Dalam masa sama,

– KFC Malaysia dimiliki oleh Johor Corporation

– Antara pembayar zakat terbesar di Malaysia

– Kesan berantai juga terhadap pembekal ayam kepada KFC yang semuanya adalah usahawan Muslim.

Isu boikot sebegini bukan baru berlaku malah sejak lama dulu lagi dan selalunya bermusim. Hampir setiap tahun akan muncul musim boikot apabila tercetus peperangan di Gaza. Tapi boikot kali ini jauh lebih lama berbanding biasa sehingga memberi kesan besar kepada brand-brand yang diboikot.

Mungkin sudah sampai masanya JCorp usahakan untuk rebrand KFC kepada brand tempatan dan putuskan hubungan dengan KFC Corporation. Ya, ia akan mengambil masa lama dan ia bukan jalan yang mudah. Tapi saya yakin jika ia dilakukan, ia disokong oleh sellluruuuuh rakyat Malaysia dan memberi keuntungan untuk jangka masa panjang.

Dengan pengalaman yang JCorp ada selama ini, ia tentu lebih mudah berbanding jenama-jenama baru nak up yang lakukan usaha seumpama itu.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
KENAPA AYAMAS TAK POPULAR MACAM KFC? Ketika hangat isu boikot…