Dilema Seorang Ejen Takaful
Ketika berjumpa prospek, ejen present berdasarkan keperluan sebenar takaful.
Selalunya 5% daripada income untuk coverage lengkap income protection, merangkumi death, TPD dan penyakit kritikal. Juga peruntukan 5% lagi untuk medical card, menjadikan total peruntukan untuk takaful tidak melebihi 10%.
Dalam beberapa sesi temujanji, prospek akan memohon untuk diubah berdasarkan bajet yang mereka ada.
Kemudian akhir sekali deal terakhir berdasarkan diskusi terakhir dan proposal yang ditandatangani berbeza dengan proposal awal berdasarkan bajet yang dikemukakan oleh pelanggan.
Ada beberapa manfaat dikurangkan atau ditiadakan terus, bergantung kepada kehendak pelanggan.
Selepas beberapa bulan, pelanggan hubungi ejen;
“Encik Afyan, cover tak sekian-sekian-sekian?”
Selepas disemak, dengan berat hati ejen pun memberi respon;
“Maaf Encik Prospek, ia tak cover”.
“Eh, bukan hari tu Encik kata cover ke?”.
Ejen sudah menduga ia berlaku, lalu sang ejen pun memberi respon;
“Ya, betul. Memang dalam proposal awal saya masukkan coverage tersebut, tapi kemudian saya sesuaikan berdasarkan keperluan dan kehendak Encik”.
“Saya tak puas hati, saya nak report Bank Rakyat!”.
Kisah ini berdasarkan pengalaman sebenar seorang ejen cabuk.
– Afyan, ejen cabuk tersebut.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran