fbpx

Tip RM | Takaful Penyakit Kritikal

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 619Words
  • 726Views

PERHATIAN buat pemegang polisi takaful.

Terutama bagi yang melanggan medical card atau hibah takaful.

Pernah tak rakan-rakan semak berapa coverage untuk pampasan PENYAKIT KRITIKAL?

Majoriti pemegang polisi takaful yang saya jumpa, hanya fokus kepada medical card dan mengabaikan coverage income protection.

Manakala bagi pemegang polisi hibah takaful pula, masih belum complete fungsi income protection apabila hanya fokus coverage bagi pampasan kematian dan lumpuh sahaja.

Ia dikukuhkan lagi dengan kenyataan daripada Persatuan Insurans Hayat Malaysia atau Life Insurance Association Malaysia (LIAM) bahawa 90% daripada pemegang polisi insurans di Malaysia tidak cukup jumlah perlindungan. Rujuk artikel di sini 

Manakala maklumat daripada MTA (Malaysian Takaful Association) mengatakan BAHAWA purata jurang perlindungan pemegang polisi takaful di Malaysia adalah RM200,000.

Bagaimana pula dengan coverage bagi pampasan takaful penyakit kritikal?

Maklumat daripada WHO menyatakan 70% kematian penduduk Malaysia berpunca dari 4 penyakit utama dan penyakit kritikal; kanser, diabetis, strok dan sakit jantung. Rujuk gambar di bawah.

Fakta dari WHO, penyakit kritikal menjadi punca kematian 70% rakyat Malaysia, tahun 2002

Coverage untuk penyakit kritikal bersamaan 3.5 tahun gaji.

Berdasarkan oleh satu suvey yang dijalankan di Singapura, (rujuk gambar di bawah) treatment untuk penyakit kritikal mengambil tempoh masa purata 3.5 tahun.

Jadi, jumlah coverage yang patut untuk penyakit kritikal sekurang-kurangnya bersamaan 3.5 tahun gaji.

Jangan terkeliru dengan medical card yang fungsinya untuk membiayai kos rawatan hospital apabila menghidapi penyakit.

Yang dimaksudkan di sini ialah coverage penyakit kritikal sebagai pengganti pendapatan apabila anda terpaksa diberhentikan kerja akibat sakit kritikal.

Jadi, pastikan coverage penyakit kritikal anda mencukupi dan bukan sekadar medical card dan coverage asas (kematian dan lumpuh).

Mungkin ada yang menyangka, caruman untuk takaful penyakit kritikal adalah mahal.

Mungkin ada yang mahal, dalam masa sama ada juga yang berbaloi-baloi harganya.

Lihat contoh ilustrasi di bawah;

  • Kematian RM300,000
  • Lumpuh RM300,000
  • Sakit Kritikal RM300,000

Teka berapa caruman yang perlu diperuntukkan?

Bagi umur 30 tahun, hanya RM130++ SAHAJA!

Berbaloi-baloi bukan?

Kenapa perlukan coverage sebanyak itu? Jika anda ditimpa salah satu dari 36 penyakit kritikal, tentu anda tidak lagi mampu bekerja.

Jika anda tidak mampu bekerja, anda akan hilang punca pendapatan.

Maka anda akan dapat RM300,000 untuk menggantikan pendapatan anda yang hilang akibat penyakit kritikal. Inilah namanya INCOME PROTECTION

Polisi ini jenis “term takaful” atau takaful bertempoh, untuk jangka masa 20 tahun. Selepas 20 tahun, ia akan auto renew sehingga tempoh maksima peserta berusia 80 tahun.

Dalam tempoh 20 tahun itu harga tetap dan tidak berubah. Selepas 20 tahun baru berubah, jika pelanggan renew.

Polisi jenis ini tiada nilai tunai, sebab itu ia “murah” dari sudut harga. Mungkin akan ada polisi lain yang memberi coverage yang sama, tapi caruman lebih tinggi dan mempunyai nilai tunai.

Ia juga antara jenis polisi takaful yang dicadangkan oleh beberapa tokoh pelaburan dan jutawan-jutawan, dengan menggunakan prinsip;

“Buy term, invest the difference”

Maksudnya, kita langgan polisi “term” yang harganya “murah”. Jadi kita akan ada lebihan duit untuk dilaburkan.

Berbanding kita langgan polisi yang lebih “mahal” harganya menyebabkan peruntukan kita untuk melabur, berkurangan atau tidak ada langsung.

Inilah cara bagaimana jutawan dan orang kaya, semakin kaya.

Takaful dan insurans, fokus kepada protection.

Untuk pelaburan, gunakan produk yang fokus kepada pelaburan. Bukan guna takaful untuk tujuan pelaburan

Apapun, mahal murah bukan penentu sesuatu polisi sesuai atau tidak. Tiada produk sempurna.

Ia perlu disesuaikan dengan kedudukan kewangan seseorang.

Berminat ?

Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan mengenai perkara di atas. Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini data yang saya perolehi dalam satu sesi taklimat oleh…