Dilema yuran PASTI
Dilema PASTI.
Sebenarnya kalau yuran PASTI dinaikkan ikut standard yuran tadika swasta lain, mereka boleh rombak sistem elaun yang sedia ada kepada yang lebih baik.
Tapi jika ia dilakukan, pasti di ceruk-ceruk kampung akan terpaksa ditutup. Itulah bezanya PASTI dengan tadika swasta lain.
Mana ada tadika swasta yuran bawah RM100, tapi PASTI ada. Ada mana-mana tadika swasta lain bawah RM50? Aci kerat kuku kalau ada.
Bayangkan, yuran PASTI ini TERPAKSA DINAIKKAN ke RM50 pada tahun 2024. Berapa agaknya yuran PASTI ini pada tahun 2023? Mungkin hanya RM40 sahaja.
Dengan yuran RM50 untuk tanggung kos makan minum selama sebulan untuk pelajar PASTI pun belum tentu cukup, apatah lagi untuk bayar gaji guru PASTI?
Andaikan ada 50 pelajar, jumlah terkumpul baru RM2,500. Kalau 100, baru RM5,000.
Nak bayar gaji lagi, makan minum pelajar lagi, sewa premis, bil air, bil elektrik dan seumpamanya. Memang tak cukup!
Jadi bagaimana PASTI boleh hidup sampai sekarang? Atas sumbangan orang ramai.
Sebab itulah institusi PASTI ini tidak boleh disamakan dengan institusi pendidikan swasta yang dikawal selia oleh kerajaan dan berdaftar dengan KPM.
Walaupun daripada sudut objektif itu sama iaitu untuk pendidikan, tapi ia adalah aktiviti sukarela dan bukan berorientasikan keuntungan.
Mungkin ada yang kata, yura RM50 tu untuk di luar bandar dan di bandar yuran lebih tinggi.
Itu bear, memang di kawasan bandar, yuran PASTI lebih tinggi. Jika separuh hari, ia sekitar RM150 ke atas dan jika sehingga petang, yurn mencecah RM300 ke atas.
Namun, harga tersebut tetap jaaaaauuuuuuuuuh lebih rendah daripada tadika swasta lain.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Sumber imej dari Harakah
Nak tutup PASTI? Kaji dahulu
Silap besar kerajaan sekarang nak serang dan mainkan isu PASTI.
Seingat saya, sejak zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kali pertama dahulu pun sudah dimainkan isu PASTI ini, tetapi gagal.
Dahulu pernah ada isu dikatakan pelajar PASTI diajar untuk pihak gambar Mahathir, untuk dijadikan alasan untuk menyerang PASTI. Siapa ingat?
Kenapa masih ada yang masih hantar anak ke PASTI biarpun dengan ada pelbagai isu?
Kenapa masih ada tenaga pengajar yang sanggup mengajar di PASTI waluapun elaun diberikan sangat rendah.
Sepatunya kerajaan kaji punca utama jika betul-betul nakkan PASTI ditutup.
Berikut adalah cadangan saya kepada kerajaan, langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan supaya PASTI tidak mendapat sambutan dan sekaligus ia akan ma+i dengan sendiri.
1. Upgrade silibus pra-sekolah di sekolah-sekolah kerajaan yang meliputi ilmu-ilmu dunia dan akhirat supaya lebih baik daripada PASTI.
2. Perkara sama juga boleh dilakukan terhadap Tadika Kemas yang berada di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.
3. Pastikan jumlah Tadika Kemas dan Pra Sekolah mencukupi di sellluruuuuh negara.
4. Pastikan kualiti dan mutu pembelajaran di sana lebih baik daripada PASTI.
Ada lagi nak tambah?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran