E-Wallet Bigpay Sangat Berbaloi Apabila Digunakan Di Luar Negara
Saya sudah lama install dan sign up aplikasi E-Wallet BIGPAY dan mendapat kad fizikalnya, cuma hanya baru gunakan baru-baru ini apabila saya berada di Russia dan Kazakhstan.
Ternyata, kadar tukaran wang asing daripada Ringgit Malaysia ke matawang Russia dan Kazakhstan, sangat berbaloi berbanding dengan dengan tukaran di money changer.
Malah apabila rakan setrip saya ke Russia dan Kazakhstan, Dr Farhan (bukan Daie’ Farhan) membuat perbandingan dengannya kad kredit Maybank yang digunakan, ternyata menggunakan BIGPAY lebih menguntungkan berbanding kad kredit.
Rujuk gambar-gambar, ada beberapa keterangan tambahan.
Selain daripada itu, antara kelebihan lai. BIGPAY ialah point yang diperolehi apabila menggunakan e-wallet ini boleh ditebus untuk membeli tiket kapal terbang Air Asia.
Dan setahu saya, satu-satunya E-Wallet yang dibekalkan dengan kad fizikal yang fungsinya mirip kad debit.
Selama ini saya gunakan kad kredit Maybank, dan dapat point.
Jadi, selepas menggunakan BIGPAY saya boleh mendapat dua point apabila kita top-up BIGPAY mengguanakan kad kredit Maybank.
Setiap kali top up BIGPAY menggunakan kad kredit Maybank, dapat point untuk kad kredit.
(UPDATE: Maybank dah tau trik di atas. Jadi mulai Julai lepas rupa-rupanya dah tak boleh dapat point kalau top up e-wallet guna kad kredit)
Kemudian, apabila bayar guna BIGPAY, dapat pula point untuk BIGPAY.
Apabila download BIGPAY ini gunakan Refferal code 9CPBI0CYVB , boleh dpt RM10 untuk digunakan.
Kemudian masukkan code 9CPBI0CYVB untuk dapatkan RM10.
Masa daftar, perlu masukkan alamat untuk dapat kad fizikal. Ia akan dihantar ke alamat yang didaftarkan.
Boleh guna untuk transaksi online macam e-wallet lain, dalam masa sama ada kad fizikal macam kad debit.
Kalau tak ada kad kredit, boleh transfer melalui internet banking untuk top-up.
Kalau pakai kad kredit, pastikan dibayar ontime. Kalau tak, jadi macam kata pepatah, “untung secupak, rugi segantang”
Atau dalam erti kata mudah, jadi #nerakawang
Jika pandai guna, ia akan jadi syurga wang.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran