fbpx

Perbezaan Telegram Dan WhatsApp

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 386Words
  • 620Views

Artikel dalam gambar saya ambil dari web Oh Media.

Saya tak pasti sejauh mana isu keselamatan ini pada WhatsApp berbanding telegram

Cuma, berdasarkan pengelaman sejak tahun 2016 aktif guna Telegram, selepas kejadian WhatsApp crash, memang ada banyak kelebihan Telegram berbanding WhatsApp.

👍 Yg paling utama, semua diskusi disimpan di dalam cloud, bukan di dalam device spt Whatsapp.

👍 Atas sebab itu, Telegram boleh diakses dari satu device ke device lain tanpa perlu synchronize seperti Whatsapp.

👎 WhatsApp hanya boleh sync dengan 1 device sahaja dalam satu masa berbanding Telegram.

👍Telegram hantar fail-fail besar tidak seperti WhatsApp yang sangat terhad saiz fail yang boleh dihantar.

👍 Jika bertukar telefon, Telegram dapat akses sellllluurrrruuuuh “chatting history” tanpa perlu buat back up. Bukan setakat chat, malah semua media, fail, gambar, video selllllluuurruuuuhnya boleh diakses kembali tanpa perlu bersusah payah dan mengalirkan air mata seperti WhatsApp.

👎 Saya ada pengalaman ngeri bab ini apabila handphone rosak dan hilang habis maklumat chat dan fail diskusi dengan pelanggan sehingga tercalar kepercayaan beliau.

👎 Pengalaman lain, bertukar dari Iphone ke Android, sangat menyedihkan apabila gagal memindahkan data WhatsApp. Terpaksa bawa Phone lama untuk ikuti chat-chat lama yg perlu dirujuk.

👍 Ini ciri yg paling saya gemari. Kerana apabila bateri off, saya masih boleh akses telegram saya melalui PC atau laptop dan baca semua diskusi dari awal.

👎 Jika Whatsapp, kalau bateri handphone off, memang tak dpt buka dan baca dari device lain.

👎 Handphone akan lebih berat apabila banyak menggunakan WhatsApp berbanding Telegram sebab data disimpan di dalam telefon.

👍 Saya turut menggunakan kelebihan telegram – ada fungsi telegram channel utk saya hantarkan info kpd ahli group, secara 1 hala.

👍 Disebabkan Telegram mempunyai storage yang besar di dalam cloud, ada banyak Channel dan Group yang mengambil kesempatan untuk berkongsi fail-fail movie secara haram. Ia tidak boleh diakses melalui device Apple atas faktor copy right tapi masih boleh diakses melalui PC atau Android.

👍 Antaranya ialah Channel Tips RM, saya kongsikan tip-tip kewangan secara percuma.

Tuan-Puan boleh join melalui link https://t.me/AfyanIFP

Tuan-Puan yg ada telegram boleh ikutinya.

Bagi yg tiada telegram pun masih boleh klik dan ikut step seterusnya.

Oh ya, ada 2 kekurangan Telegram yg terpaksa saya akui berbanding Whatsapp.

Telegram masih kurang penggunaannya berbanding Whatsapp dan ia tiada fungsi broadcasting / blasting personal spt Whatsapp.

Jgn lupa klik dan join Channel Telegram. Banyak tip-tip kewangan saya kongsi di sini 🙂

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya sudah lama install dan sign up aplikasi E-Wallet BIGPAY…