Ejen cabuk di pentas profesor: Pengalaman bincang hibah takafu

Masa mula-mula dapat jemputan itu, agak terkejut seketika.
Bukan jemputan biasa.
Daripada INCEIF University, sebuah institusi di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia.
Selepas mesej jemputan diterima, saya mohon pengesahan sama ada topik yang ingin dibincangkan adalah hibah secara umum atau fokus kepada hibah takaful yang dicabar dan viral baru-baru ini.
Penganjur sahkan, fokus diskusi adalah isu hibah takaful yang dicabar tempoh hari.
Terus teringat kembali waktu isu itu diperdebatkan.
Bukan sedikit kecaman yang saya terima daripada rakan-rakan industri.
Ramai ejen yang marah-marah, malah ada yang berharap saya kena saman oleh syarikat takaful sebab berani dedahkan bahawa hibah takaful sebenarnya boleh dicabar.
Alhamdulillah, sekarang sudah tiada lagi iklan-iklan ejen yang berani guna tagline “hibah takaful tidak boleh dicabar”.
Malah peguam yang jadi ejen takaful, yang dulunya beria-ia mengatakan hibah takaful tidak boleh dicabar, pun sudah tidak guna ayat itu lagi sekarang.
Berbalik kepada jemputan, rasa berdebar makin bertambah apabila melihat senarai panel dan moderator bergelar Dr, Professor, dari latar belakang syari’ah.
Saya pula hanya ejen cabuk, yang tidak pernah sampai maqam MDRT, apatah lagi COT atau TOT.
Patutnya penganjur panggil mereka yang dapat MDRT, COT, TOT, LOL ![]()
Jadi buat rakan-rakan, tak payahlah datang ya.
Dan kalau datang pun… tolong jangan tanya soalan-soalan susah. Bagi saya bernafas sikit atas pentas tu nanti
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

