fbpx

Ejen Takaful dan Ahli Politik

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 381Words
  • 386Views

Jadi ejen takaful lagi best daripada jadi ahli politik.

Kontrak polisi takaful adalah janji, bukan sekadar manifesto. Tapi dalam politik, manifesto bukan janji.

Jadi ejen takaful boleh jadi kaya dan dapat income lebih banyak dari Menteri, malah Perdana Menteri. Tapi dalam politik, takkan jadi kaya dengan hanya sekadar menjadi Menteri atau Perdana Menteri. Tapi dengan jawatan itu, boleh jadi kaya apabila dapat kumpul kroni dan projek.

Tak perlu jilat untuk naik. Cukup syarat, boleh naik terus terus dari ejen takaful kepada Agency Manager dan Group Agency Manager. Tapi dalam politik, bagus macamana pun kalau tak jilat orang atas, tak dapat nak naik.

Kalau yang jenis cakap berbelit, suka berjanji tapi tak tepati – memang tak mampu bertahan lama sebagai ejen takaful. Tapi kalau dalam politik, jenis yang macam ni akan bertahan lama.

Kalau ejen takaful dapat pelanggan, akan dapat komisen dari bayaran pelanggan. Tapi kalau ahli politik, untuk dapatkan sokongan kena keluar duit bagi pada penyokong.

Ejen takaful yang tak kompeten, tak cukup training, tak cukup COD hours – lama kelamaan kena terminate. Tapi ahli politik yang tak lawat kawasan kecuali waktu PRU, yang tak datang sidang parlimen, yang datang parlimen pun jadi pasu bunga – boleh bertahan lama.

Banyak lagi la kelebihan jadi ejen takaful berbanding jadi ahli politik.

Klik see first Afyan Mat Rawi dan follow Channel Telegram t.me/AfyanIFPutk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Berminat nak jadi ejen takaful?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
HARI INI DALAM SEJARAH Tahukah anda, pada tarikh ini 5…