Emas fizikal vs emas digital: Mana lebih berkesan dari segi psikologi?

Seorang rakan bertanya dalam group;
” Assalamualaikum.
Jika dah cukup satu gram,perlu kekal di akaun ini atau tukar fizikal?
Mana lebih untung?”
Jawapan saya;
“Secara teori nya, sama sahaja
la tak mengubah pun harga dan nilai, jika withdraw atau kekal dalam akaun
Tapi dari segi psikologi, ada beza antara emas fizikal yang kita pegang VS emas yang tak kita fizikalkan atau dipanggil juga emas digital
Pengalaman peribadi saya, emas fizikal yg saya pegang sejak tahun 2017, masih kekal sampai sekarang
Manakala emas dlm akaun, saya jual sebab nampu untung banyak.
Memang menyesal pula
Hahaha”
Ini beza antara mengumpul emas secara digital dengan mengumpul emas secara fizikal.
Kesan psikologinya berbeza sama sekali. Walhal, dari sudut nilai dan angka, ia tak berbeza banyak pun.
Namun apabila ia berada dalam bentuk fizikal, ia jadi koleksi yang kita akan rasa ‘sayang’ nak jual berbanding ia dalam bentuk digital dalam akaun.
Apapun, simpan emas dam akuan digital lebih mudah untuk diuruskan tanpa perlu fikir nak simpan dekat mana
Justeru ia juga lebih mudah untuk dikeluarkan apabila nampak untung banyak. Tapi lepas keluar, rasa menyesal pula. Hihi..
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00


