Fahami peranan ejen dalam takaful: Jangan Biarkan ejen menjadi sebab pembatalan polisi
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/Fahami-Peranan-Ejen-Dalam-Takaful.jpg?resize=672%2C1024&ssl=1)
Maaf, mungkin ada yang tak bersetuju dengan kenyataan ini.
Ejen / konsultan / perunding / FAR hanyalah pemudah cara atau fasilitator pelanggan dengan kompeni takaful.
Harus diingat, kontrak pelanggan adalah dengan syarikat, bukan dengan ejen / konsultan / perunding / FAR.
Saya ulang: Kontrak pelanggan adalah dengan syarikat takaful, bukan dengan orang yang memaparkan produk tersebut.
Dapat konsultan yang bagus dan kekal adalah bonus.
Dan sudah tentu semua ejen / konsultan / perunding / FAR akan mengaku mereka bagus, termasuklah saya.
Tak ada yang mengaku mereka tak bagus. Hahahah!
Ejen / konsultan / perunding / FAR boleh datang dan pergi.
Mungkin dia mati dulu.
Mungkin berhenti.
Mungkin pindah kompeni.
Ada pelbagai kemungkinan.
Jika terjadi begitu, klien boleh minta utk tukar ejen lain.
Kalau dapat ejenejen / konsultan / perunding / FAR yang bagus, komited & setia – pegang kemas dan jangan lepaskan.
Panduan ini bukan untuk tujuan ejenejen / konsultan / perunding / FAR buat kerja sambil lewa.
Tapi panduan ini sebagai pre-mindset kepada pelanggan agar tidak kecewa dengan ejen / konsultan / perunding / FAR, termasuklah saya.
Jangan batalkan polisi hanya semata-mata disebabkan faktor ejen / konsultan / perunding / FAR.
Malah sekarang ada banyak juga pilihan langgan takaful direct syarikat tanpa melalui ejen / konsultan / perunding / FAR.
Jadi kalau dah serik berurusan dengan orang tengah, cari produk takaful sirect kompeni. BNM dah arahkan semua kompeni takaful ada produk ini sejak 2016 lagi.
Nak jadi ejen? klik artikel di bawh
Nak takaful mampu milik RM99 utk 10 manfaat termasuk kematian, lumpuh, sakit kritikal, elaun hospital?
KLIK artikel di bawah
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran