fbpx

Faq – Tersontot Di Pintu Shorga

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 514Words
  • 655Views

INTRO:
Memandangkan ramai sangat yang tanya soalan, jadi saya buat ruang FAQ ini. Kalau ada soalan lain, boleh tanya di ruang komen.

(1)

SOALAN:
Kenapa guna perkataan “tersontot”, bukankah ia membawa makna yang kurang sopan dan lucah?

JAWAPAN:
Ia sebanarnya bergantung kepada konteks.

Macam perkataan “berahi”, “kopek”, jika diguna dalam konteks berbeza ia membawa maksud berbeza. Ia boleh jadi perkataan lucah, dan boleh jadi perkataan biasa.

Tapi jika kepala otak orang yang baca memang pemikiran lucah, bagi perkataan apa pun dia nampak lucah.

Berbalik kepada soalan, ia membawa maksud tersungkur, terjatuh, juga bermaksud mengalami keperitan, kesusahan, kena tipu, kena scam, dan seumpamanya.

Perkataan sontot membawa maksud yang paling tepat untuk menggambarkan gabungan situasi-situasi perit yang disebutkan tadi.

(2)

SOALAN: Kenapa eja “shorga”? Bukankah ejaan sebenar ialah “syurga”? Lagipun perkataan syurga adalah perkatan suci dalam Islam dan tajuk ini telah mencemarkan maksud syurga.

JAWAPAN:
Ia memang disengajakan. Perkataan “shorga” sebanarnya menggambarkan syurga khayalan.

Kerana, majoriti skim-skim cepat kaya dan scam sebegini menawarkan pulangan-puoangam tak masuk akal malah ada yang menggunakan modal dan elemen agama untuk mempengaruhi peserta baru.

Pulangan-pulangan sebegitu hanya mampu diperolehi jika kita berada di syurga, tapi hakikatnya ia hanyalah khayalan.

Shorga bermaksu syurga khayalan ciptaan yang scammer.

Istilah-istilah Arab seperti hibah, wakalah, patuh syariah, wadiah, baqarah, khinzir digunakan untuk mengaburi syurga khayalan mereka yang haikatnya adalah #nerakawang.

Malah ada yang siap declare ada penasihat syariah. Ish, ish, ish…

Jadi, memang tepat istilah shorga itu digunakan. Perkataan syurga terlalu suci untuk digunakan.

Siapa kata perkataan syurga adalah perkataan suci dalam agama Islam?

Ia adalah perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit.

(3)

SOALAN: Berapa harga buku ini?

JAWAPAN:
Murah sahaja. RM15 sahaja sebuah.

Boleh beli di Pesta Buku Antarabangsa KL atau online di sini

(4)

SOALAN: Apa kandungan buku ini dan berapa lama siapkan buku ini?

JAWAPAN:
Asalnya saya menulis di blog sejak tahun 2006 tentang tip-tip kewangan, takaful, pelaburan, wasiat dan juga sesekali mendedahkan skim-skim too good to be true sebegini.

Kemudian apabila muncul FB ia menjadi lebih mudah disebarluaskan dan viral.

Asalnya sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya sebagai seorang perunding dalam bidang servis kewangan, rupa-rupanya ia memakan kos yang agak besar. Sehingga saya dibawa ke mahkamah kerana membongkar kegiatan mereka.

Itulah “harga” yang terpaksa saya bayar untuk perjuangan menentang scammer ini.

Kos tersebut boleh membeli suku buah rumah Alfafa. Hoho!

Dan Alhamdulillah, akhir sekali mahkamah memutuskan saya menang dan menolak saman tersebut dengan kos, pada Februari lalu.

Sampai sekarang Alfafa masih tak bayar kos tersebut. Hempeh betul!

Doakan saya istiqamah hingga kemenangan.

(5)

SOALAN: Ada nak buat sistem afffiliate?

JAWAPAN:
Amboi-amboi-amboi!

#nerakwang punya soalan!

Nanti saya buat sistem affiliate, jual buku ini dengan harga RM30,000 dapat 1000 buah buku, kemudian boleh dapat hibah bulan-bulan RM1,500.

Kemudian, kita buat sistem binary, kena pairing kiri dan kanan.

Akhir sekali kita sontot sama-sama dan boleh buat buku sambungan “Tersontot Di Pintu Shorga (Lagi)”. Hoho!

(6)

SOALAN: Dengar-dengarnya buku ini ingin diangkat ke layar perak dengan menampilakan Neelofa sebagai heroin. Adakah Saudara Afyan juga turut berlakon kelak?

JAWAPAN:
Next question please!

*Jika ada soalan lain boleh ajukan di ruang komen. Kalau rajin saya reply atau buat posting baru.

Follow Telegram https://t.me/tipsRM

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada sesiapa yang sudah memiliki buku Tersontot Di Pintu Shorga?…