Category: Karya Kreatif

Konspirasi dihentikan kerana kandungan sensitif atau kerana jalan ceritanya?

Ada yang mendakwa filem Konspirasi dihentikan tayangan kerana ada pihak tertentu dalam kerajaan tidak selesa dengan kandungannya. Selepas menontonnya, saya pula tertanya-tanya perkara yang berbeza. Betulkah filem ini dihentikan kerana kandungannya? Atau kerana ada watak lakonan dunia sebenar mirip PMX, Azam Baki, Hamzah Zainuddin, Muhyiddin Yassin, KJ, Syahril Hamdan? Atau sebenarnya kerana penonton tidak begitu

Masjid TNB viral, teringat zaman kami ‘masjid hopping’ cari juadah berbuka

Melihat Majsid TNB yang viral baru-baru ini dengan kehadiran Gen Z, teringat zaman saya belajar di Pusta Matrikulasi UIAM, Lembah Pantai suatu ketika dahulu. Di waktu-waktu petang begini, antara aktiviti kami ialah berkira-kira hendak ke masjid mana petang ini. Ya aktiviti kami ialah menjelajah dari masjid ke masjid setiap hari. Zaman sekarang dipanggil “masjid hopping”.

Lagu Ku Di Halaman Rindu mempunyai mesej ketuhanan

Tadi tertonton satu video yang menampilkan penyanyi Datuk Nash di konti Radio Molek FM yang menarik perhatian saya. Katanya, lagu Ku Di Halaman Rindu mempunyai mesej ketuhanan, dan halaman rindu yang dimaksudkan ialah “sejadah”! Wah, tak sangka langsung. Pernah dengar lagu ini waktu kecil dahulu. Terus saya cari lirik lagu tersebut untuk menyelami mesej yang

Terengganu jadi negeri paling bahagia?

Terengganu jadi negeri paling bahagia? Mungkin rahsia kebahagiaan mereka ialah ikan celup tepung yang rangup, air kelapa muda di tepi pantai, dan angin laut yang buat orang lupa masalah hutang, masalah harga barang, masalah politik dan sebagainya. Kluang pula menang kategori daerah paling bahagia. Agaknya sebab dapat kopi Kluang free flow, siapa tak bahagia kan?

Konsert demi konsert: Tahun terbaik nasyid selepas sekian lama

Dua tiga bulan ini berderet kumpulan-kumpulan nasyid umumkan tarikh-tarikh konsert mereka Tahun 2025 ini menjadi tahun kebangkitan semula genre nasyid. Seingat saya, tak pernah lagi tarikh-tarikh konsert diumumkan rapat-rapat begini. Mula-mula kumpulan InTeam umumkan Konsert Kasih-Kekasih. Tiketnya habis dalam masa 2 jam! Disebabkan sambutan luar biasa, mereka terpaksa tukar ke lokasi lebih besar. Kemudian, Rabbani

Apa yang “manusia” boleh belajar daripada Squid Game musin ke-3

APA YANG “MANUSIA” BOLEH BELAJAR DARIPADA SQUID GAME MUSIM 3? AWAS SPOILER!!! Squid Game Musim 3 menutup tirai dengan satu penamat yang ramai tidak jangka. Tidak seperti skrip drama biasa, tiada penjahat yang dibongkar besar-besaran, tiada kemenangan besar-besaran untuk wira utama, dan tiada penyatuan bahagia yang memuaskan hati. Malah, hampir semua harapan penonton seperti diketepikan.

Raya haji, cerita Nabi, dan punchline dari Sarah

Masa Raya Haji baru-baru ni, saya berkongsi cerita pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim kepada anak-anak. Selepas bercerita tentang kisah Nabi Ismail yang bersetuju untuk disembelih oleh ayahnya, saya tanyakan anak-anak, untuk menduga: “Anak-anak sanggup tak kena sembelih kalau ayah kata, Allah perintahkan Ayah untuk sembelih anak-anak?” Masing-masing diam sambil tersengih, tiba-tiba Sarah menjawab: “Sanggup!” Semua terkejut.

Antara Ejen Ali dan Ejen Takaful

ANTARA EJEN ALI DAN EJEN TAKAFUL 1. Kedua-duanya adalah ejen yang membawa misi. Ejen Ali dengan misi menyelamatkan Cyberaya. Ejen takaful pula dengan misi menyelamatkan kewangan keluarga. 2. Kedua-duanya buat kerja yang orang tak nampak. Ejen Ali bertarung dalam senyap, simpan identiti. Ejen takaful pula berhempas pulas buat call, meeting, presentation dan closing, tapi orang