fbpx

FAQ WeKongsi

  • 10Minutes
  • 1772Words
  • 27Views

Soalan Lazim (FAQ) WeKongsi

Oleh: Afyan Mat Rawi

Kemaskini 17 Februari 2025. FAQ ini akan dikemaskini dari masa ke masa. Ada sebahagian berbentuk pandangan peribadi dalam FAQ ini.

Pastikan anda membaca FAQ yang terkini. Hubungi Afyan Mat Rawi untuk pengesahan

1. Pengenalan

WeKongsi ialah platform perkongsian kos perubatan hospital yang menggunakan PMCare sebagai Third Party Administration (TPA). Ia bukan insurans atau takaful, tetapi program perkongsian kos secara kolektif (crowd sharing).

WeKongsi telah disahkan patuh Shariah oleh Afsha Shariah Advisory Sdn Bhd.

Ia boleh menjadi alternatif yang lebih mampu milik, tetapi bukan pengganti kepada medical card takaful yang lebih lengkap dari segi perlindungan dan kawal selia.

Sedangkan syarikat takaful yang mempunyai kawal selia ketat pun berisiko menghadapi claim burst, apatah lagi program seumpama ini. Program ini mempunyai proses kemasukan yang ketat dan umur penyertaan yang terhad untuk mengurangkan risiko tersebut.

  • Tidak berada di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Proses underwriting lebih ketat berbanding takaful.
  • Peserta dengan masalah kesihatan tidak diterima kerana tiada pilihan loading atau pengecualian.
  • Had umur penyertaan baharu ialah 45 tahun.
 

2. Keahlian

  • Berumur 14 hari hingga 45 tahun (kemasukan baharu).
  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat dan tidak mempunyai penyakit

Ahli yang menyertai sebelum umur 45 tahun akan terus menerima manfaat sehingga seumur hidup, selagi akaun aktif.

Tidak. Program ini hanya menerima peserta yang sihat.

A. Mereka yang tidak mempunyai medical card takaful:

  • Atas faktor bajet terhad dan kos yang tinggi.
  • Pernah mempunyai medical card tetapi sudah lapse.
  • Pernah ada medical card tetapi tidak meneruskan kerana repricing.

B. Mereka yang sudah mempunyai medical card dan ingin menambah perlindungan tambahan ke atas medical card sedia ada.

Tiada. Setiap ahli perlu membayar secara individu.

Bergantung kepada jenis penyakit. Anda perlu mengisytiharkan penyakit tersebut melalui soalan saringan kesihatan.

Bergantung pada kecederaan dan rawatan yang diterima selepas accident. Jika tidak kritikal boleh join, jika kritikal seperti pembedahan perlu declare ketika menjawab soalan saringan kesihatan.

Deposit yang belum digunakan akan dipulangkan dalam tempoh 60 hari. Yuran keahlian tidak dipulangkan kecuali berlaku kesalahan seperti overcharge.

Tidak disarankan membatalkan medical card sedia ada kerana tempoh menunggu dalam WeKongsi akan bermula dari awal, berbanding medical card sedia ada yang sudah berjalan.

Ya, anda boleh menjadi Account Owner kerana Account Owner tidak tertakluk kepada status kesihatan. Hanya sharer saja tertakluk kepada status kesihatan.

3. Kos dan pembayaran

  • RM40 sebulan. Ada juga pilihan bayaran RM360 tahunan, atau RM100 setiap 3 bulan. Ahli juga digalakkan menjadi ejen affiliate dengan bayaran RM100 seumur hidup. Detail dalam topik 6. Menjadi ejen

Untuk kos operasi dan sistem IT, yuran pemasaran dan komisen rujukan, bayaran kepada TPA, dan caj gerbang pembayaran.

Berikut adalah penjelasan mengenai penggunaan yuran tersebut:

  • Yuran Operasi WeKongsi: Untuk menampung kos pengurusan dan operasi harian platform, memastikan semua sistem berfungsi dengan baik.
  • Yuran Pemasaran dan Komisen Rujukan: Sebahagian daripada yuran ini digunakan untuk aktiviti pemasaran dan memberi ganjaran kepada rakan-rakan yang merujuk orang lain untuk menyertai WeKongsi. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam program kami, walaupun perkongsian mungkin berkurang dari semasa ke semasa.
  • Yuran Pemegang Amanah Awam: Untuk memastikan pemegang amanah awam dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.
  • Yuran TPA (Third Party Administrator): Untuk membayar kos perkhidmatan pihak ketiga yang membantu dalam pengurusan klaim dan perkhidmatan lain yang berkaitan.
  • Caj Perkhidmatan Gerbang Pembayaran (Payment Gateway): Untuk menampung kos transaksi yang dikenakan oleh penyedia gerbang pembayaran, memastikan proses pembayaran berjalan dengan lancar dan selamat.

Dengan purata lebih kurang RM1 sehari, kita mungkin tidak dapat membeli aiskrim, tetapi dengan   yuran keahlian ini, kita dapat memastikan semua aspek penting dalam WeKongsi terurus dengan baik.

Ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk masa depan kita bersama!

RM100 untuk Pakej Standard, dan RM200 untuk Pakej Deluxe.

Akaun ini sebagai deposit oleh para ahli dan akan dipotong apabila berlaku tuntutan kos hospital di kalangan peserta.

Bergantung kepada jumlah tuntutan / claim setiap bulan, dengan maksima RM50 sebulan. Jika tiada peserta dimasukkan ke hospital pada bulan berkenaan, maka bayaran perkongsian ialah RM0. Ia akan ditolak daripada deposit di dalam Sharing Account tadi.

Sharer perlu lengkapkan eMandate dalam tempoh 60 hari, dan pemotongan akan dibuat pada hari ke-60.

Perkongsian bulanan akan diumumkan pada 7hb setiap bulan.

Tidak. Ahli yang baru daftar tidak dikenakan apa-apa perkongsian bulanan sehingga melepasi tempoh menunggu 90 hari.

Akaun akan digantung jika pembayaran 

gagal dalam masa 26 hari.

Aktivasi semula:

– Percubaan 1: RM30 + 30 hari menunggu tambahan.

– Percubaan 2: RM50 + 30 hari menunggu tambahan + pemeriksaan kesihatan.

– Percubaan 3: Daftar semula sebagai ahli baharu.

  • Untuk jadi ejen RM100 seumur hidup.
  • Untuk jadi ahli RM40 setiap bulan (boleh juga pilih mode tahunan atau suku tahunan)
  • Untuk kos perkongsian RM0 hingga maksima RM50 setiap bulan bergantung kepada claim.

Untuk tujuan C, deposit RM100 atau RM200 (bergantung pakej) dikenakan selepas 60 hari

 

 

Setting -> payment setting -> tekan [update payment method] untuk menukar akaun bank atau butiran bank yang lain

4. Manfaat

  • – Perlindungan perubatan RM1 juta 

    setahun.

    – Khairat kematian RM10,000.

    – Rawatan pesakit luar kanser RM100,000 setahun.

    – Elaun harian hospital kerajaan RM50/RM100.

    – Room & Board: RM150 (Standard), RM250 (Deluxe).

    – Perlindungan kemalangan RM10,000 tanpa tempoh menunggu.

Waris perlu menyediakan:

– Kad pengenalan si mati.

– Sijil kematian sementara.

– Laporan polis (jika berkaitan).

 

Tuntutan selesai dalam 7 hari bekerja jika akaun aktif.

Third Party Administrator (TPA) ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan manfaat perubatan dan kesihatan kepada organisasi, syarikat insurans, dan program seperti WeKongsi.

Fungsi utama TPA termasuk:

  • Mengurus tuntutan perubatan:

Proses kelulusan kemasukan hospital (admission). Verifikasi bil rawatan hospital. Pengendalian tuntutan yang dihantar oleh peserta.

  • Panel hospital dan klinik:

TPA bekerjasama dengan rangkaian hospital dan klinik panel di seluruh Malaysia untuk memastikan peserta mendapat akses kepada rawatan.

  • Sokongan 24/7:

TPA menyediakan talian hotline untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan semasa kecemasan. Dalam konteks WeKongsi, syarikat TPA membantu menguruskan kemasukan hospital peserta serta memastikan proses tuntutan berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, WeKongsi hanya meliputi rawatan kemasukan ke wad (in-patient) dan bukan semua rawatan pesakit luar di klinik. 

Syarikat TPA bagi WeKongsi sekarang ialah Eximius Medical Administration Solutions Sdn Bhd atau e-MAS. Syarikat korporat dan institusi lain yang menggunakan e-MAS sebagai TPA mereka termasuklah PERKESO, City-Link Express, LHDN Malaysia malah juga beberapa syarikat insurans seperti Pacific Insurance dan Generali Insurance .

Akaun ini sebagai deposit oleh para ahli dan akan dipotong apabila berlaku tuntutan kos hospital di kalangan peserta.

Bergantung kepada jumlah tuntutan / claim setiap bulan, dengan maksima RM50 sebulan. Jika tiada peserta dimasukkan ke hospital pada bulan berkenaan, maka bayaran perkongsian ialah RM0. Ia akan ditolak daripada deposit di dalam Sharing Account tadi.

Sharer perlu lengkapkan eMandate dalam tempoh 60 hari, dan pemotongan akan dibuat pada hari ke-60.

Perkongsian bulanan akan diumumkan pada 7hb setiap bulan.

Tidak. Ahli yang baru daftar tidak dikenakan apa-apa perkongsian bulanan sehingga melepasi tempoh menunggu 90 hari.

Akaun akan digantung jika pembayaran 

gagal dalam masa 26 hari.

Aktivasi semula:

– Percubaan 1: RM30 + 30 hari menunggu tambahan.

– Percubaan 2: RM50 + 30 hari menunggu tambahan + pemeriksaan kesihatan.

– Percubaan 3: Daftar semula sebagai ahli baharu.

  • Untuk jadi ejen RM100 seumur hidup.
  • Untuk jadi ahli RM40 setiap bulan (boleh juga pilih mode tahunan atau suku tahunan)
  • Untuk kos perkongsian RM0 hingga maksima RM50 setiap bulan bergantung kepada claim.

Untuk tujuan C, deposit RM100 atau RM200 (bergantung pakej) dikenakan selepas 60 hari

Setting -> payment setting -> tekan [update payment method] untuk menukar akaun bank atau butiran bank yang lain

5. Proses Tuntutan

  • Bayar bil hospital (Pay and Claim).

    Hantar bil kepada Customer Service 

    (010-876-8760).

    Tuntutan diproses dalam masa 14 hari bekerja.

– Dapatkan surat rujukan daripada doktor klinik.

– Semak hospital panel di sistem WeKongsi.

– Hubungi TPA untuk pengesahan.

– Tunjukkan e-admission kad di hospital.

6. Menjadi Ejen

  • Tambahkan RM100 seumur hidup untuk menjadi ejen. Semua ahli digalakkan menjadi ejen.

Supaya ahli dapat belajar proses tuntutan dan memahami cara  pengurusan hospital untuk diri dan keluarga.

Bermula dengan 25% daripada bayaran yuran ahli.

Perlu menjadi ahli WeKongsi dan kemudian membayar yuran ejen RM100. Tiada MOC (maintenance of contract), tiada CPD hours.

7. Soalan Bonus

Sebagai alternatif kepada prospek yang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan medical card takaful tapi bajet terhad.

Kerana ia mempunyai sistem ejensi dan imbuhan menarik. Tambahan pula keahlian sudah melebihi 2,000 menuju je 3,000 dalam masa kurang 2 tahun. Saya sertai tahun 2023 lagi, tapi hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja ketika itu memandangkan ia masih baru. Tahun 2025 baru saya mula promote, selepas yakin program ini.

Ya, sejak 2020 dan masih sebagai ahli perkongsi syarikat tersebut. Tahun 2023 syarikat tersebut hentikan sistem ejen lalu saya berhenti mempromosinya. Bekas ejen-ejen syarikat tersebut tubuhkan WeKongsi lalu saya sertai tapi hanya sebagai pemerhati pada awalnya sebelum mula aktif tahun 2025.

Berminat dengan pelan Perlindungan Perubatan WeKongsi?

Ada persoalan? WhatsApp sekarang

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?