Faraid bukan punca, manusia puncanya

  • 1Minute
  • 122Words
  • 52Views

Hibah memang satu instrumen yang bagus dalam pengurusan harta pusaka.

Tapi mengapa sampai perlu merendahkan peranan faraid dengan tanggapan faraid itu punca pergaduhan?

Realitinya, pergaduhan tetap boleh berlaku walaupun hibah telah dibuat, terutama jika ada waris rasa keputusan hibah itu tidak adil atau dibuat tanpa pengetahuan mereka.

Faraid, hibah, dan takaful masing-masing ada tempat dan fungsi tersendiri dalam sistem kewangan Islam.

Faraid bukan semata-mata hukum yang kaku, malah ia ada ruang untuk waris bersepakat, bahkan boleh serah hak kepada waris lain jika mahu.

Isunya bukan pada hukum, tapi pada manusia yang mengurus dan menerimanya.

Jadi, janganlah kita memperlekehkan satu hukum demi meninggikan instrumen lain.

Yang terbaik ialah gabungkan semuanya secara bijak mengikut situasi dan keperluan keluarga.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Asalnya, ada seorang yang memuat naik tangkap layar komen-komen ejen…