Apa Beza Antara Hibah Dengan Wasiat

“Tuan Afyan, apa beza antara hibah dengan wasiat? Saya dah buat hibah, perlu lagi ke wasiat?” Ini antara soalan dalam posting saya sebelum ini. Begini ceritanya….

  1. Kedua-dua hibah dan wasiat adalah pemberian.
  2. Hibah bererti hadiah. Manakala wasiat dalam konteks tulisan ini ialah wasiat pemberian, bukan wasiat pentadbiran melantik wasi atau wasiat pesanan kepada ahli waris. (Rujuk artikel 3 konteks definisi wasiat sebelum ini)
  3. Hibah ialah pemberian ketika hidup, manakala wasiat pula ialah pemberian untuk dilaksanakan selepas meninggal dunia.
  4. Pemilik harta boleh hibahkan seluruh hartanya kepada sesiapa sahaja, manakala wasiat pula hanya tertakluk kepada 1/3 daripada jumlah harta pusaka.
  5. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Tapi wasiat hanya untuk BUKAN WARIS sahaja. Jika kepada waris faraid, perlu dapat persetujuan waris-waris faraid lain.
  6. Kedua-dua hibah dan wasiat boleh dilakukan tanpa perlu persetujuan waris, kecuali bagi wasiat yang melebihi 1/3.
  7. Kedua-dua hibah dan wasiat hukumnya sunat dan digalakkan untuk mengumpul pahala di akhirat. Tapi pelaksanaan wasiat wajib terhadap waris yang masih hidup untuk memastikan pemberian wasiat itu berjalan.
  8. Hibah memerlukan ijab dan qabul untuk memastikan ia sah, manakala wasiat hanya memerlukan ijab sahaja tanpa qabul untuk menjadikan sesuatu wasiat itu sah.
  9. Pindah milik bagi hibah boleh dilakukan ketika pemilik harta hidup atau selepas kematiannya. Manakala wasiat, sudah tentu selepas kematian pemilik asal memandangkan ia wajib dilaksanakan selepas kematian pemilik harta.

Kawan-kawan, ada lagi tak maklumat lain yang tertinggal?

Afyan Mat Rawi INFAQ Consultancy

Ejen wasiat dah hibah 😎 Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/AfyanIFP Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;

Page FB fb.com/Afyan.IFP
Twitter twitter.com/AfyanIFP
Instagram instagram.com/Afyan.IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Berminat untuk mengetahui berkenaan Hibah atau Pusaka, sila isi maklumat dibawah.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com