Gaya hidup mewah vs integriti dalam industri kewangan

  • 1Minute
  • 139Words
  • 18Views

Mungkin pandangan saya ini tidak popular dan tidak disenangi oleh segelintir rakan dalam industri kewangan, terutama takaful dan unit trust.

Dalam industri kewangan, gaya hidup mewah memang mudah menarik perhatian.

Namun di sebalik kilauan itu, ada garis halus antara meraikan pencapaian dan mempamerkan kemewahan untuk tujuan tertentu.

Apabila kemewahan dijadikan umpan rekrutmen, di situlah timbul persepsi negatif.

Ia mengingatkan kepada taktik biasa geng MLM, skim cepat kaya, skim piramid dan skim forex yang menggunakan gaya hidup glamor untuk memancing mangsa baharu.

Juga simptom ini berlaku juga daripada kalangan founder-founder bisnes.

Industri profesionali tidak sepatutnya terjebak dengan cara sedemikian.

Nilai utama kita ialah integriti, ilmu dan khidmat kepada masyarakat, bukan gaya hidup mewah untuk dijadikan modal konten.

Saya bersyukur kerana 22 tahun lalu, saya masuk industri ini tanpa terpengaruh dengan tarikan semua itu daripada leader.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Iklan
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Tadi terjumpa satu posting yang bertanya; "Pelik kan! Kenapa kereta…