fbpx

Pentingnya pendidikan kewangan sebelum mencari peluang pelaburan

  • 11 months ago
  • 1Minute
  • 163Words
  • 139Views

Jika ada yg anggap dividen TH 3.1% tu sikit, ketahuilah ada yang dapat keuntungan RM5.8 juta!

Sebenarnya, bukan dividen tu yg sikit, duit kita yg tak cukup banyak.

Pada 2018, media pernah malaporkan bahawa ada seorang pendeposit mempunyai simpanan RM190 juta di Tabung Haji!

Berita ini dilaporkan pada 2018, bagi audit Tabung Haji 2017.

Hibah tahunan TH tahun 2017 ialah 4.5%, bermakna keuntungan yang beliau dapat pada tahun tersebut ialah 8.55 juta!

Jika jumlah yang sama untuk tahun 2022, keuntungan yang diperolehi dengan 3.1% ialah RM5.8 juta!

Jika anda sedang berkira-kira untuk cari instrumen pelaburan lain yang memberi pulangan lebih tinggi berbanding TH, berhati-hati.

Mulakan dengan mencari ilmu-ilmu kewangan terlebih dahulu sebelum mencari peluang pelaburan.

Silap gaya, boleh tersontot.

Dalam banyak situasi, sebenanrnya duit yg kita ada dlm TH, ASB, bank atau KWSP, lebih baik kekal di situ drp dilaburkan di instrumen yang kita tidak tahu hujung pangkal.

Apabila kita terdesak untuk mencari peluang untuk pelaburan, kadang kita tersilau dan tersilap melebur, bukan lagi melabur.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended