Glitch di Google Map vs Waze.
Glitch di Google Map vs Waze.
Selama ini saya lebih percaya Google Map untuk ketepatan berbanding Waze.
Tapi selalunya dalam banyak keadaan saya gunakan kedua-duanya kerana ia saling-melengkapi.
Waze saya gunakan untuk mengesan sekatan lalu lintas, polis dan gangguan jalan raya.
Manakala Google Map selalunya untuk perjalanan jarak jauh, dan alternatif pilihan jalan raya. Pengalaman saya, untuk perjalanan jarak jauh ketepatan Google Map mengatasi Waze.
Namun terjadi satu insiden yang menyebabkan kepercayaan kepada Google Map terhakis apabila ia gagal mengesan satu jalan di area Cheras Kuala Lumpur ini.
Lihat gambar satu dan gambar 2.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/Glitch-di-Google-Map-vs-Waze2-1.jpg?resize=400%2C1024&ssl=1)
gambar 1
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/Glitch-di-Google-Map-vs-Waze.jpg?resize=400%2C1024&ssl=1)
gambar 2
Gambar 1, Waze menunjukkan jalan terus manakala dalam gambar 2.
Manakala Google Map tidak dapat mengesan jalan penghubung dan menunjukkan jalan yang lebih jauh.
Ketika kali pertama melaluinya, saya tak perasan ia begitu.
Selepas beberapa kali, dan kelmarin baru sempat saya screnshot.
Gambar 3, adalah gambar jalan sebenar yang berkenaan.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/Glitch-di-Google-Map-vs-Waze3.jpg?resize=678%2C886&ssl=1)
Siapa pernah alami perkara sama?
UPDATE: Kali ini Waze pula yang tak update berbanding Google Map https://www.facebook.com/share/p/bF5GKqdC8t9GSNax/?mibextid=oFDknk
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran