fbpx

Gunakan AKPK jika masalah keberhutangan serius

  • 1 year ago
  • 4Minutes
  • 787Words
  • 402Views

Kalau ada masalah keberhutangan yg tinggi, better rujuk AKPK, bukan tambah hutang baru utk bayar hutang lama.

Pendirian saya konsisten sejak dahulu hingga sekarang.

1. Pengeluaran KWSP ibarat pil penahan sakit. Ia boleh memberi solusi jangka masa pendek, tapi tidak untuk jangka masa panjang. Ia hanya sesuai jika betul-betul terdesak.

(Saya kongsikan perkara ini sejak TSMY umumkan kebenaran pengeluaran KWSP pada tahun 2020)

2. Pinjaman peribadi dan jadikan KWSP sebagai cagaran pula ibarat gali lubang tutup lubang.

(Pandangan ini saya kongsikan kira-kira seminggu lebih SEBELUM PMX umumkan dalam parlimen usul menjadikan KWSP sebagai cagaran hutang bank)

Ada yang sinis memberi komen, apa solusi yang saya boleh cadangkan?

Tidak kurang juga tahi politk memberi komen bahawa saya hanya pandai komen sahaja.

Sebenarnya saya pernah kongsikan cadangan solusi yang menjurus kepada fokus membantu meningkatkan pengetahuan kewangan rakyat.

Saya kongsikan sedikit lagi cadangan solusi daripada saya atas kapasiti sebagai seorang Financial Planner.

1) Buat rakan-rakan yang mempunyai masalah keberhutangan yang serius, saya cadangkan bawa masalah anda ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan untuk mendapat nasihat.

Jangan takut untuk berjumpa dengan pegawai AKPK.

Ia ibarat kita menghidap kencing manis yang serius dan perlu berjumpa doktor pakar. Doktor akan nasihatkan untuk potong sebahagian anggota badan tertentu untuk mengelakkan penyakit itu melarat.

Jika kita takut untuk berjumpa dengan doktor, penyakit kencing manis itu akan melarat daripada satu anggota ke satu anggota yang lain.

Begitu juga dengan orang yang mempunyai masalah keberhutangan yang serius. Kepakaran mereka adalah membantu orang-orang yang mempunyai masalah keberhutangan yang serius.

2)- “Takutlah nak jumpa AKPK. Nanti kena blacklist”

Ada yang kata mereka takut untuk jumpa AKPK sebab takut kena blacklist dengan bank dan tak dapat lagi buat hutang.

Aduyai… Dia macam ni. Untuk bagi mudah faham, saya gunakan analogi sama penyakit kencing manis tadi.

Kalau kita dah kencing manis kritikal, susah barang tentu doktor akan advise jangan makan makanan manis, kena makan ubat tertentu dan sebagainya.

Jadi begitu juga apabila menghadapi masalah keberhutangan yang serius, makan tindakan pertama kena berhenti berhutang.

Memang AKPK ada cara untuk menghalang peserta AKPK untuk membuat hutang baru sepanjang tempoh program yang disediakan. Berbeza dengan doktor, yang hanya boleh advise sahaja.

AKPK akan sediakan program pengurusan kredit bagi mereka yang mempunyai masalah keberhutangan serius dan menyediakan plan pengstukturan semua hutang piutang kita.

Program tersebut, AKPK akan dapatkan kerjasama dengan bank-bank berkenaan untuk mengstruktur bayaran ansuran bulanan bank.

Justeru amatlah wajar dalam tempoh berkenaan, kita tidak membuat sebarang hutang baru dan fokus kepada pembayaran hutang sedia ada dengan ansuran yang dikurangkan melalaui program AKPK.

3) “Kalau saya nak jumpa dengan Sdra Afyan sahaja boleh tak untuk buat perkara ni?”

Boleh, tapi saya malas. Hahaha

Sebagai Financial Planner yang memiliki tauliah IFP sejak 2013, saya ada sedikit sebanyak ilmu tersebut. Cuma saya hanya boleh advise secara umum sahaja.

Lagi pun, saya hanya boleh advise sahaja tapi tak mampu untuk berhubung dengan bank. Pelanggan sendiri yang perlu berhubung dengan bank.

Sebenarnya tanpa AKPK pun kita boleh lakukan sendiri pengstukturan hutang dengan berhubung dengan bank.

Namun ia bergantung kepada ilmu kewangan kita. Silap gaya, jadi gali lubang tutup lubang jika ada banker yang advise untuk buat personal loan untuk “bantu” bayar hutang lama.

Jadi melalui AKPK, program pengurusan kredit ini akan lebih tersusun dengan pemantauan atau monitoring daripada mereka.

Maknanya setiap urusan kita dengan bank, akan dipantau sepenuhnya oleh AKPK.

4) Mungkin akan ada kes-kes keberhutangan yang terpaksa diisytiharkan muflis atau bankrap.

“Haaaa??? Bankrap? Takutnya!”

Tuan-Puan, bankrap bukan jalan mati.

Ia juga adalah salah satu solusi yang jauh lebih baik daripada pinjam along, atau jual buah pinggang.

Ia sesuai jika dah lemas dalam masalah hutang. Ya, akan ada harta yang kena sita. Akan ada halangan-halangan tertentu selepas jatuh bankrap.

Ia ibarat kena potong kedua-dua belah kaki selepas penyakit kencing manis. Cuma bezanya, kalau kena potong kaki dah tak dapat sambung balik.

Tapi jika jatuh bankrap, masih boleh dipulihkan. Insya Allah kalau ada masa, saya akan kongsikan detail lagi pada masa akan datang.

KESIMPULANNYA,

Point utama ialah fokus kepada ilmu pengetahuan berbanding tindakan-tindakan yang hanya solusi jangka masa pendek.

Masalah utama kewangan bukanlah sebab tak cukup wang. Tapi sebab tak uruskan wang dengan betul.

Orang yang mempunyai masalah hutang ketika gaji 2000, biasanya akan tetap mempunyai masalah hutang waluapun gajinya naik kepada 3000. Kendatipun jika gaji 5000 pun tetap mempunyai masalah yang sama, malah jumlah hutang yang lebih besar.

Orang yang mempunyai masalah hutang, biasanya adalah kerana dia mempunyai tabiat berhutang daripada muda.

Apabila seseorang itu mempunyai kecenderungan untuk berhutang banyak ketika gaji 2k, dia akan mempunyai kecenderungan yang sama apabila gaji 3k dengan hutang yang lebih besar.

Bak kata pepatah, makin besar periuk makin besar keraknya. Kita di zaman moden, dah ada rice cooker Dan TM6, sepatutnya dah tak ada kerak kalau masa nasi.

Afyan Mat Rawi, IFP
Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pesanan mesra buat macai politik yang follow saya. 1. Kalau…