Hak Isteri Dalam Faraid Hanya 1/8 Sahaja
Dipetik dari FB Noraini Othman berkenaan hak isteri dalam faraid.
Hak isteri dalam faraid hanya 1/8 sahaja.
Ramai yang cakap tak adil.
Yang cakap tak adil ni biasanya sebab tak ada ilmu.
Yelah, isteri dah bersusah payah membantu suami daripada segi ekonomi, mengandungkan, melahirkan, menyusukan anak-anak, berkorban jaga mertua pula, dapat 1/8 je.
Di manakah KEADILAN????
Ya, ya…saya faham sebab saya pun perempuan juga. Dah berkorban jiwa raga dapat bahagian faraid paling sikit pula.
Kalau memang suami hanya ada kita sebagai isteri,memang faraid kita 1/8 tapi kalau dalam diam kita dimadukan, bahagian faraid kita 1/16 je awak.
Jika di madu 3 kan, bahagian faraid isteri-isteri jadi 1/24.
Jika dimadu 4 kan, bahagian faraid isteri-isteri jadi 1/32. Baik sedih bila berlaku kematian, dah jadi hijau plak 1 badan.
Jadi tinggal apa je untuk isteri?
Untuk yang kata hukum faraid tak adil, meh la kita belajar ilmu faraid supaya celik faraid, celik undang-undang, celik hak.
Noraini Othman
INFAQ Consultancy JDT
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran