Menguruskan Harta Pusaka Yang Ditinggalkan Oleh Ibu

No photo description available.

Pengurusan Harta Pusaka

Tadi berjumpa dengan seorang wanita yang datang ke pejabat.

Beliau baru sahaja kehilangan ibunya setahun yang lalu dsn sedang menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibunya. Dari situ beliau terfikir untuk belajar lebuh lanjut tentang pusaka.

Ibunya membuat dokumen wasiat dan dokumen hibah. Antara harta yang ditinggalkan ialah hartanah yabg bernilai RM2.2 juta dan ASB sebanyak RM100,000 lebih.

Kedua-dua rumah dan ASB tersebut ada di dalam dokumen hibah arwah ibu kepadanya. Beliau adalah anak tunggal arwah yabg turut meninggalkan suami dan adik-beradik.

 

Selepas 1 tahun meninggal dunia

Selepas hampir setahun meninggal dunia, proses pindah milik masih belum selesai dan wang tunai di dalam ASB hanya tinggal RM1,000 lebih sahaja kerana sudah banyak dihabiskan untuk kos pentadbiran harta pusaka dan yang paling besar ialah kos stamp duty rumah arwah ibunya yang sekarang dinilai RM2.2 juta.

Stamp duty sahaja ialah RM60,000 lebih dah terus ditolak daripada wang ASB arwah yang ditadbir oleh syarikat amanah. Yang menyebabkan beliau terkilan ialah, ia dibuat tanpa sebarang notis awal dan hanya tahu selepas ia dibayar menggunakan wang pusaka arwah.

 

Prose rayuan

Sekarang beliau dalam proses rayuan untuk mengurangkan kos stamp duty tersebut.

Saya meminta beliau dapatkan lejer kos-kos yang terlibat daripada syarikat amanah yang dilantik oleh arwah supaya mudah untuk advise tindakan selanjutnya.

Saya simpati dengan nasib beliau.

Ini antara kes biasa yang berlaku dalam masyarakat. Puncanya dengan menganggap, buat wasiat dapat selesaikan masalah pusaka. Walhal, bukan sekadar itu.

Ia perlu kepada beberapa faktor lagi, termasuk kos serta kesedaran dan ilmu tentang urus pusaka.

 

Berminat untuk mendapatkan konsultansi Pusaka, sila isi borang dibawah.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com