fbpx

Hakikat Moratorium

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 248Words
  • 341Views

Bagus juga kecoh sekarang pasal moratorium ni. Huhu Bayangkan kalau kecoh selepas tamat moratorium. Lagi haru.

Saya memang dah pesan dari awal, hingga dikecam. Siapa yang ambil pesanan tersebut, saya yakin tak terkejut sangat.

Isunya apabila notis kepada awam dikeluarkan guna jargon-jargon kewangan yang hanya orang dalam industri lebih faham.

Itupun ada yang masih mengelirukan.

“bayaran terakru”

“interest tidak dikompaun”

Kalau saya yang buat, saya tulis gini je:

“Moratorium bukan percuma. Profit / interest tetap berjalan macam biasa. Nak tau lebih lanjut, rujuk bank. Setiap bank ada cara tersendiri tentang perkara ini.

Objektif moratorium ialah untuk mengurangkan beban dan meringankan aliran tunai sepanjang tempoh 6 bulan ini. Bukan bagi duit free kepada rakyat.

Habis moratorium kena bayar balik la. Keuntungan dan interest bank tetap berjalan macam biasa.

Ini bank, bukan badan kebajikan. Bank ialah entiti bisnes.”

Agak-agak kena kecam tak?

Alhamdulillah, berdasarkan komen posting ini sejak semalam, ramai yang follow saya dari awal sudah aware dengan apa yang berlaku. Jadi mereka tak terkejut sangat.

Saya bukan peramal masa depan  Cukup dengan kita faham apa fungsi bank.

Bukan semua benda saya tahu. Jadi jangan la expect saya boleh jawab semua soalan. Lagipun saya bukanlah Gabenor BNM, Menteri Kewangan atau Perdana Menteri. Saya hanya konsultan kewangan.

Jemput follow FB saya Afyan Mat Rawi dan klik see first supaya tak ketinggalan isu-isu penting dan tip kewangan.

Kemudian join Channel Telegram t.me/AfyanIFP supaya dapat banyak lebih banyak lagi tip.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selepas saya kongsikan beberapa emel jawapan daripada bank tentang moratorium,…