Hati-hati dengan program yang menyamar sebagai affiliate

  • 1Minute
  • 195Words
  • 7Views

Program affiliate yang genuine tidak perlukan entry cost yang tinggi tanpa sebarang produk atau servis yang signifikan.

Lihat apa yang pernah terjadi kepada Fingo dan Affiliate Junction.

Kemudian bandingkan pula program affiliate Shopee dan TikTok.

Fingo dan Affiliate Junction pernah menjanjikan pulangan lumayan kepada peserta mereka dengan syarat perlu membayar yuran pendaftaran yang tinggi.

Namun, yuran tersebut bukan untuk membeli produk, sebaliknya lebih kepada yuran untuk “peluang”.

Apabila pendapatan peserta datang daripada kemasukan ahli baharu dan bukan daripada jualan produk sebenar, berhati-hatilah.

Akhirnya, kedua-dua program ini runtuh dan ramai peserta terperangkap serta mengalami kerugian.

Sebaliknya, program affiliate seperti Shopee dan TikTok tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertai.

Peserta hanya perlu berkongsi pautan produk dan akan menerima komisen sekiranya berlaku pembelian.

Komisen ini datang daripada margin keuntungan produk sebenar, bukan daripada wang peserta baharu.

Ia telus, mudah difahami dan tidak menjanjikan kekayaan segera.

Inilah beza utama antara program affiliate sebenar dan program yang menyamar sebagai affiliate tapi sebenarnya bersifat money game.

Jika anda perlu bayar mahal hanya untuk “peluang”, berhati-hatilah.

Ia mungkin bukan peluang perniagaan. Kemungkinan ia jalan menuju ke #nerakawang

Afyan Mat Rawi

Penulis buku Tersontot Di Pintu Shorga

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
KENYATAAN MEDIA Ini bukan event di IDCC tu ya Ini…