fbpx

Hebah ke hibah? heboh jadinya!

  • 3Minutes
  • 574Words
  • 14Views

HIBAH

Perkataan Arab yang bermaksud pemberian secara sukarela, tanpa balasan. Dalam konteks takaful, ia merujuk kepada pemberian manfaat pampasan kepada penerima yang dinamakan, biasanya selepas kematian pemilik polisi.

HIBA

Bukan perkataan Arab. Maksudnya rasa sedih, kecewa, pilu. Lawan kepada gembira dan bahagia.

HEBAH

Perkataan Melayu yang bermaksud menyampaikan atau mengumumkan sesuatu kepada orang ramai. Contoh: “Tolong hebahkan program ni dekat grup WhatsApp.”

HEBOH

Perkataan Melayu, bermaksud keadaan yang kelam-kabut, ramai orang bercakap tentang sesuatu isu sampai jadi tular.

GHIBAH

Istilah Arab, bermaksud mengumpat. Iaitu menyebut keburukan seseorang di belakangnya, walaupun benda itu benar. Jika tak benar, jadi fitnah. Dalam Islam, ia dosa besar.

HABIBAH

Nama Arab untuk perempuan, bermaksud wanita yang dikasihi. Sebab itu ada “ta marbuthoh” di hujung. Kalau lelaki, namanya HABIB.

HABIB

Nama lelaki, bermaksud yang dikasihi. Digunakan dalam kalangan masyarakat Arab dan para pecinta nasyid.

HABIBI

Gabungan dari HABIB + ya. Maksudnya “kekasihku” dalam bahasa Arab. Contoh: “Ya habibi ya Muhammad…”

HABIB JEWELS

Sebuah jenama barang kemas terkenal di Malaysia. Tak ada kena mengena dengan Arab dan Hibah.

HABIH

Bahasa pasar (loghat utara) untuk perkataan “habis”. Biasanya digunakan waktu kecewa, marah atau bila segalanya musnah.

HEBAK BOH

Slanga Terengganu. Digunakan untuk memberi pujian.

Contoh artikel yang menggunakan semua perkataan di atas:

Tiba-tiba HEBOH isu HIBAH takaful dicabar di mahkamah!

HABIB, yang selama ini melanggan takaful, percaya bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar kerana itu yang dikatakan oleh ejennya semasa sign up.

“HIBAH takaful tidak boleh dicabar oleh sesiapa. Tak masuk faraid. Confirm!”

Masih terngiang-ngiang kata-kata ejen tersebut ketika beliau sign up bersama isterinya, HABIBAH.

Tak tunggu lama, HABIB pun hubungi ejen berkenaan.

“Betul ke HIBAH takaful boleh dicabar?”

Suara ejen di hujung talian jelas kedengaran cuak.

“Err… sebenarnya kes tu terpencil, bang. Ada sebab teknikal je tu. Tapi jangan risau, kes abang selamat. Yang penting jangan HEBAH kan kepada sesiapa yang Abang ada HIBAH”

“Macam mana abang tahu selamat? Dulu kata tak boleh dicabar langsung.”

Ejen cuba cover.

“Err… Saya pun baru dapat info ni. Nanti saya berikan penejalasan.”

Lepas habis call, HABIB termenung.

HABIBAH yang dari tadi dengar di dapur, datang pujuk suaminya.

“Ya HABIBI, sabarlah. Ana yakin ada hikmahnya”

Kemudian tidak lama mereka nampak ejen takaful mereka membuat posting-posting isu yang viral di media sosial.

Tulis ejen berkenaan ada seorang mamat tu sengaja HEBOHkan isu itu untuk kepentingan peribadi dan jual buku.

Dalam komen-komen nampak ejen-ejen takaful GHIBAH seseorang yang dikatakan menjadi punca. Semua duk sindir pasal tulis buku dan ebook.

HABIB dan HABIBAH tak faham apa kaitan HEBOH kan HIBAH takaful untuk jual buku?

HABIB dan HABIBAH tekun membaca dan mencari siapakah individu berkenaan.

Lalu di terjumpa tulisan seorang yang bernama Hafyan (bukan nama sebenar tetapi hensem) dan membaca penejalasan beliau.

Selepas membaca penjelasan demi penjelasan, HABIB DAN HABIBAH baru faham bahawa En Hafyan sudah lama memberi kesedaran bahawa memang HIBAH takaful boleh dicabar

Cuma ia menjadi HEBOH apabila ada real case ia dicabar.

Dan kemudian mereka menonton siaran live En Hafyan di Astro Awani dan mereka faham.

“Ya HABIBI, apa kata kita beli buku-buku En Hafyan”

HABIB bersetuju.

Selapas itu mereka baca buku-buku En HAFYAN sampai HABIH dari kulit ke kulit.

Akhirnya mereka teruskan sahaja polisi takaful berkenaan dengan lebih faha.

“Ya HABIBI. Kita sekarang sudah baca Buku Bijak Merancang Wang. Kita sudah ada simapan, kita sudah ada takaful. Apa kata kita beli emas di HABIB Jewels untuk pelaburan”.

HABIB baru nampak permainan isterinya 😂

Siapa baca sampai HABIH?

Komen “HEBAK BOH!”.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Minggu lepas saya terbaca satu tulisan seorang FAR mengatakan bahawa…