fbpx

Hibah Hartanah Perlu Diikuti Dengan Pindah Milik

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 304Words
  • 621Views

Selepas membaca tulisan Tuan Salkukhairi Abd Sukor tadi berkenaan isu hibah hartanah, saya kira telah membuat tindakan tepat untuk tidak memberikan rekomendasi terhadap hibah hartanah tanpa pindah milik dan hibah hartanah bercagar.

Ia boleh menimbulkan implikasi buruk di kemudian hari jika tidak kena dengan caranya.

Persoalan tentang hibah hartanah antara soalan yang selalu dikemukan dalam banyak siri #SeminarBMW.

Boleh rujuk FB beliau untuk dapatkan pemahaman penuh, yang merupakan seorang peguam hartanah.

Selain beliau; beberapa FB peguam hartanah yang aktif menulis tentang isu hibah hartanah yang suka saya ikuti ialah Puan Roslina Sabiyah dan Tuan Ahmad Termizi Bin Abdullah.

Oh ya, kebetulan mereka semua graduan Kuliayah Undang-undnag Ahmad Ibrahim UIAM. Saya juga graduan sana, cuma tak layak jadi peguam. Hanya jadi ejen cabuk sahaja.

Jadi, apabila pendirian saya sama dengan para peguam tadi, rasa lega sikit. Risau juga kalau tersilap beri nasihat yang salah kepada audien.

Nampak pandangan-pandangan mereka seiring. Ia mungkin sedikit berbeza dengan pandangan rakan-rakan perunding dalam bidang perkhidmatan kewangan yang mempromosikan hibah bercagar dan hibah tanpa perlu pindah milik.

Kewangan memang bidang dan passion saya, cuma bab hibah hartanah sebegini, elok saya saya rujuk kepada pakarnya iaitu para peguam yang memang banyak kali berurusan dengan hal ehwal sebegini.

Wassalam.

Afyan Mat Rawi
Peguam tak jadi.

Berminat untuk mengetahui berkenaan hibah hartanah, sila isi maklumat dibawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebagai pemain dalam industri takaful, saya terpanggil untuk memberi komen…