Hibah Takaful Dan Pusaka
APAKAH HIBAH TAKAFUL? POINT TERAKHIR SANGAT KRITIKAL.
1. Akhir-akhir ini ramai ejen takaful mempromosi “hibah takaful”. Ejen yang sama, 3-4 tahun lepas mempromosi medical card.
2. Ia perkembangan yg bagus, berbanding mempromosi takaful “medical card 3 dalam 1” yg mempromosi medical card takaful sebagai instrumen pelaburan dan persaraan. 10 kali lebih baik.
3. “Hibah takaful” bukan produk tapi ialah konsep bagaimana pampasan takaful diagihkan selepas berlaku kematian.
4. Hibah ialah satu proses pengagihan harta ketika hidup, cuma dalam konteks “hibah takaful”, pengesahan hibah dibuat selepas kematian.
HIBAH TAKAFUL DAN PUSAKA
5. Semua syarikat takaful ada instrumen “hibah takaful”, selepas IFSA (Islamic Financial Services Act) diperkenalkan pada tahun 2013 bagi menggantikan Akta Takaful. Ya, semua syarikat takaful ada instumen ini.
6. Saya ada baca segelintir ejen mempromosi “hibah takaful” sebagai penyelesaian urusan pusaka. Ia agak kurang tepat kerana hibah takaful hanyalah pembantu urusan pusaka. Ejen perlu telus menceritakan kpd pemegang polisi. Silap gaya boleh misleading.
7. “Hibah takaful” lebih rapuh berbanding hibah harta seperti hibah hartanah atau hibah wang simpanan kerana “hibah takaful” hanya boleh dilaksanakan jika sekiranya polisi takaful masih aktif ketika berlaku kematian. Ada kebarangkalian polisi “lapse” sebelum berlaku kematian.
8. Kelebihan pewarisan harta melalui takaful (sama ada melalui hibah atau tidak) ialah ia lebih cair berbanding pewarisan hartanah, akaun bank, saham dan harta-harta lain.
9. Sebenarnya, tanpa “hibah takaful” pun, pampasan takaful apabila berlaku kematian pun membantu Pengurusan harta pusaka kerana ia “virtual” aset yang mudah cair.
10. Kenapa saya katakan sebagai “virtual” aset?, kerana harta yang wujud melalui langganan polisi takaful ialah harta yang tidak nampak dengan mata kasar, dan tidak wujud dalam penyata akaun pada ruangan aset. Tapi ia akan wujud sebaik sahaja berlaku kematian!
TEAM PUSAKA INFAQ CONSULTANCY
11. Atas dasar ini, saya mengambil inisiatif untuk menceburi bidang urus pusaka dengan lebih serius.
12. Sebelum ini pernah mencuba dengan beberapa syarikat tapi jodoh tidak berpanjangan. Ada yang saya daftar sebagai ejen seumur hidup tapi atas kelemahan diri sendiri, ia kurang menjadi.
13. Kini saya menceburi bidang ini dengan My Pusaka, dengan penuh pengharapan ia menjadi platform saya untuk belajar dan berkongsi tentang ilmu pusaka. Semoga ia sebagai cubaan saya yg terakhir selepas 3 sebelum ini kurang berjaya atas kelemahan diri saya.
14. InsyaAllah, sesi penerangan bisnes ini akan dijalankan dalam masa terdekat;
27 Jun 2019 (Khamis)
8:00 malam
INFAQ Consultancy, Batu Caves.
12. Dalam program ini kita akan menjemput Tuan Haji Baharuddin Md Jahi yang berpengalaman lama dalam bidang pusaka.
13. Program ini disasarkan kepada ejen-ejen takaful dan unit trust bagi mendalami bidang ini. Akan ada program susulan selepas program ini. Utk orang awam, saya buka 20 seat. Selebihnya khusus untuk rakan-rakan ejen.
14. Untuk pendaftaran, rujuk link pada ruangan komen.
15. “Hibah takaful” tiada kaitan dgn hibah bulan-bulan emas Tok Penyangak atau skim Kopi Pak Belalang. Hoho!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
KONGSIKAN kepada rakan-rakan supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran