fbpx

Pusaka Kenderaan

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 329Words
  • 1867Views

Di petik dari FB Ahmad Mustapha

 

Pusaka | KENDERAAN

Bagaimana prosedur membahagikan kereta simati .

Seperti kita maklum bahawa geran di dalam sesebuah kenderaan hanya boleh diletakkan satu nama sahaja yang mana berbeza dengan geran tanah dan rumah

Oleh yang demikian, bagaimana cara pembahagian tersebut jika simati mempunyai 10 orang waris yang berhak.

Perkara yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:-

PERTAMA anda Kene dapatkan nilaian kenderaan simati tersebut di AAM, Penilaian berlesen dll

KEDUA anda Kene kenalpasti waris dan bahagian setiap waris yang berhak ( sijil faraid)

KETIGA anda perlu dapatkan kata sepakat dan surat PENOLAKAN hak bahagian WARIS WARIS untuk memberikan kenderaan tersebut pada sorang waris sahaja .

Dalam hal ini PENOLAKAN ini waris ada dua cara
1) waris menolak haknya secara keseluruhan tanpa balasan
2) waris menolak haknya secara keseluruhan dengan balasan/ syarat

Sebagai contoh waris menolak hak bahagian faraidnya keatas kenderaan tersebut dengan syarat waris yang menerima kenderaan tersebut membayar sejumlah wang kepadanya @ membayar bahagian faraidnya

Disini salah satu digunakan nilaian kenderaan tersebut.

Contoh :
Nilaian harga kereta :- RM 50,000
Hak bahagian seorang waris yg menolak : 1/10

Jadi bayaran balasan yang perlu dibayar oleh penerima kereta tersebut kepada waris tersebut yang menuntut bahagian faraid ya adalah RM 5,000

Kiraan
1/10 X RM 50,000= RM 5,000

KEEMPAT anda perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (SKM) di salah satu daripada tiga tempat dibawah :-

a) Amanah Raya Berhad
b) Pejabat Pusaka Kecil
c) Mahkamah Tinggi

Persoalannya
Dimanakah waris boleh memohon SKM untuk harta simati hanya kereta sahaja yang bernilai bawah RM 600,000.

Waris boleh memohon SKM tersebut di Amanah Raya Berhad dan di Mahkamah Tinggi.

Adakah waris boleh memohon SKM di Pejabat Pusaka Kecil jika harta simati hanya sebuah kereta @ harta alih sahaja ?

Tidak boleh , untuk makluman permohonan SKM di Pejabat Pusaka Kecil perlu mempunyai bersama harta tidak alih seperti rumah, tanah

*untuk makluman, Amanah Raya Berhad boleh menjadi pemohon/ pempetisyen untuk kes di Pejabat Pusaka Kecil@ di Mahkamah Tinggi.

Jika pentadbiran dibuat di Amanah Raya Berhad, perkara perkara diatas akan dilakukan oleh ARB

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Soalan yang paling famous sekarang ialah, "Jika pulangan ASB 5%,…