Hibah takaful: Jangan overclaim, jangan overreact
Saya ingin menulis komen di posting asal, tetapi ruang komen hanya terhad kepada individu tertentu sahaja, mungkin friends only.
Jadi saya tulis secara terbuka di sini. Jika ada kenalan yang kenal, bolehlah tag.
Saya alu-alukan diskusi terbuka dan sihat tentang isu ini. FB saya ini, sesiapa sahaja boleh komen tidak kira rakan atau heaters.
Dalam posting tersebut, empunya FB screenshot tulisan saya:
“Gempar! Mahkamah tinggi luluskan permohonan untuk batalkan hibah takaful! Wang yang diterima diagihkan ikut faraid”

Panjang lebar dia ulas dan kritik tulisan saya itu. Saya ok sahaja dengan kririkan itu.
Rujuk di sini
Saya tertarik dengan pesanan di hujung tulisan berkenaan:
“5) Saya cadangkan, mohon yang bukan pengamal undang-undang tidak lebih kuah dari sudu. Dari dulu nampak cerdik, sudah nampak kurang cerdik di situ. Kalau nak tunggang isu atau nak promote produk sendiri boleh gunakan cara promosi kekuatan produk kita bukan dengan condemn produk orang lain.”

Saya akui saya bukanlah pengamal undang-undang dan saya akui saya turut promote ebook.
Cuma pelik juga apabila dia kata “condemn produk orang lain”?
Walhal saya juga turut promote produk berkaitan hibah takaful. Jadi adakah saya condemm produk sendiri sambil promote produk sendiri?
Saya pun jadi semacam pening.
Biaaaar saya jelaskan,
Mesej saya sebenarnya cukup jelas:
1. Hibah takaful boleh dicabar di mahkamah. Ini bercanggah dengan dakwaan segelintir ejen takaful bahawa ia tidak boleh dicabar.
2. Ejen takaful sepatutnya lebih bertanggungjawab dan tidak membuat overclaim bahawa hibah takaful langsung tidak boleh dicabar.
Inilah 2 mesej utama yang ingin saya sampaikan, dan bukan kali pertama. Banyak kali saya tulis yang selama ini sebagai teori, akhirnya ada real case.
Memang selama ini akan ada ejen-ejen yang bitter dan sentap sebab mereka mendakwa “hibah takaful tidak boleh dicabar”
Jadi, apabila saya kongsikan sebaliknya, bertambahlah bitter mereka.
Apa sahaja alasan penghakiman dalam kes ini, ia tidak menjejaskan 2 poin utama yang saya sampaikan tadi.
Jika ia tidak dibawa ke mahkamah sivil pun, ia tidak menafikan kebenaran bahawa hibah takaful boleh dicabar.
Menang atau kalah itu mahkamah yang akan putuskan. Apabila dibicarakan, bermakna mahkamah menerima asas pihak yang mencabar.
Malah jika keputusan Mahkamah Tinggi Sivil ini dibatalkan sekalipun oleh Mahkamah Rayuan, ia tidak mengubah hakikat bahawa hibah takaful sememangnya boleh dicabar.
Tidak ada kaitan pun dengan alasan penghakiman yang langsung saya tidak ulas.
Sebabnya? Kes ini sudah pun dicabar di dua mahkamah sebelum ini, iaitu Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Tinggi Sivil. Jika naik ke Mahkamah Rayuan, itu sudah jadi tiga peringkat perundangan.
Adakah ini masih belum cukup untuk membuktikan bahawa dakwaan “hibah takaful tidak boleh dicabar” itu adalah tidak tepat?
Kepada mana-mana ejen takaful yang pernah menyebarkan dakwaan seperti itu kepada pelanggan, saya sarankan agar segera perbetulkan.
Saya ulang, saya tidak ulas pun berkenaan alasan penghakiman. Fokus saya hanyalah pada mesej bahawa ia boleh dicabar dan ejen jangan misleading fakta.
Saya sedar saya bukanlah terpaling pengamal undang-undang.
Dan kepada ejen-ejen takaful yang tidak pernah membuat dakwaan yang mengelirukan itu, tiada apa yang perlu terasa. Fakta ini bukan ditujukan kepada anda.
Saya juga tertarik tulisan beliau yang menyebut:
“Hibah takaful boleh dicabar? Ya semestinya boleh. Hibah amanah atau apa-apa dokumentasi instrumen pengagihan harta pun boleh dicabar kalau ada pihak yang tak puas hati. Saya sendiri pernah berhadapan dengan kes wasiat yang tak boleh dilaksanakan yg dibuat oleh syarikat amanah terkenal disebabkan ada waris yang tak setuju dengan wasiat tersebut.”

Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Namun yang menariknya, kenyataan ini kelihatan bercanggah dengan tulisannya beberapa tahun lalu, yang berbunyi:
“5. Hanya hibah melalui plan takaful kematian shj yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak kerana ia termaktub dalam IFSA. Hibah takaful ni bebas nak hibahkan pada sesiapa, berapa banyak, dan TIDAK MELALUI proses pusaka dan faraid. Penama yg dinamakan menerima wang hibah takaful sebagai hak milik mutlaknya.”

Nampaknya dulu lain, sekarang lain. Dulu kata tak boleh dicabar, kini kata sememangnya boleh dicabar.
Mungkin beliau boleh beri penjelasan lanjut.
Tulisan lama itu boleh dirujuk bertarikh 10 November 2022, bertajuk “MILIK MUTLAK”. Rujuk di sini

Malah tulisan sama turut dikitar semula setahun selepas itu, pada 10 November 2023. Rujuk di sini

Jadi mohon penjelasan daripada pengamal undang-undang terbabit kepada saya yang bukan pengamal undang-undang.
FB saya terbuka untuk komen daripada sesiapa pun, termasuklah ejen takaful, peguam, majistret, atau ahli muzik.
Afyan Mat Rawi
LL.B UIAM 2003.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran