fbpx

Hijrah Dari Insurans Konvensional Kepada Takaful

  • 10 months ago
  • 1Minute
  • 194Words
  • 856Views

1 Muharam, Alhamdulillah, dapat membantu ejen insurans konvensional ini untuk panduan pelanggan beliau BERHIJRAH.

Alhamdulillah, dapat bantu seorang ejen takaful untuk bantu pelanggan yang ingin berhijrah.

Berikut adalah sedikit panduan berhijrah daripada insurans konvensional kepada takaful.

1. Pertama, perlu ada kesedaran kepentingan memilih takaful yang patuh syariah dan tinggalkan riba insurans konvensional.

2. Minta pelanggan sign up polisi takaful baru.

3. Pastikan polisi baru berkuat kuasa sepenuhnya dan tamat tempoh menunggu.

4. Batalkan polisi lama.

5. Akan ada beberapa bulan yg pelanggan perlu bayar kedua-duanya. Hijrah itu pengorbanan.

Panduan berhijrah dari polisi insurans konvensional kepada takaful ini bagi situasi pelanggan yang standard dan tidak mempunyai sejarah kesihatan yang buruk.

Bagi yang mempunyai sejarah kesihatan yang buruk dan penyakit, sudah tentu sampai di peringkat no 2 agak sukar.

Jangan risau, kita ada lebih 10 syarikat takaful di Malaysia. Tak dapat dengan satu kompeni, ada 10 kompeni lain.

Seandainya SEMUA kompeni takaful menolak, maka situasi mungkin berubah. Dalam hal ini, perlu rujuk kepada agamawan dan ahli dalam bidang muamalat.

Berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada, jika betul-betul darurat barulah dibolehkan untuk melanggan insurans konvensional.

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join Telegram utk ilmu kewangan PERCUMA

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Gambar sekadar hiasan Sejak beberapa bulan lepas, saya ditag pada…