Himpunan Justice for Zara: Kebangkitan rakyat tanpa penganjur rasmi

  • 2Minutes
  • 287Words
  • 11Views

Meremang bulu roma saya melihat gambar-gambar himpunan Justice for Zara yang berlangsung di seluruh negara.

Seingat saya, tidak pernah berlaku lagi kebangkitan rakyat seperti ini di Malaysia

Kalau ada pun himpunan besar yang dipimpin parti politik, seperti Reformasi, Bersih atau Turun Anwar. Itu pun tidak sampai sebegini rupa, yang berhari-hari dari satu lokasi ke satu lokasi, tanpa penganjur.

Ya, tanpa penganjur rasmi!

Ia bangkit daripada kesedaran rakyat sendiri.

Ia adalah manifestasi perasaan marah, sedih dan kecewa terhadap tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar akibat budaya buli.

Marah kepada sang penguasa yang dilihat tidak proaktif menangani kes ini ketika awal-awal berlaku kes.

Siapa yang masih ingat Arab Spring?

Arab Spring juga lahir daripada manifestasi perasaan yang sama, rakyat yang sudah hilang sabar dengan kezaliman dan penindasan.

Ia bermula pada tahun 2010 di Tunisia selepas Mohamed Bouazizi membakar diri kerana dizalimi pihak berkuasa.

Bermula di Tunisia, ia merebak ke Mesir, Libya, Syria dan Yaman. Rakyat turun beramai-ramai ke dataran besar seperti Tahrir Square menuntut keadilan dan kebebasan.

Walaupun konteksnya berbeza, mesejnya tetap serupa. Kuasa rakyat tidak boleh dipandang ringan apabila kesedaran bersama sudah bangkit.

Himpunan Justice for Zara membuktikan rakyat Malaysia juga sanggup bersatu hati menolak budaya zalim, walaupun bukan dalam bentuk regim politik, tetapi dalam isu sosial yang mengancam generasi muda.

Kalau ikutkan, ini bukan kali pertama berlaku kes seumpama ini.

Kes-kes sebelum ini seperti Adib, Teo Beng Hock, Wan Ahmad Faris, seingat saya, tidaklah sebegini rupa impaknya.

Serentak dengan #JusticeForZara ini kita sama-sama perjuangkan yang lain-lain juga terutama kes Wan Ahmad Faris dan Syamsul Haris yang sedang dibicarakan

Jika Arab Spring mengubah sejarah dunia Arab, semoga Himpunan Justice for Zara pula menjadi titik tolak perubahan negara Malaysia.

Afyan Mat Rawi

Bapa 5 anak

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
NAK BATALKAN MEDICAL CARD SEBAB REPRICING DAN LANGGAN YANG LEBIH…