fbpx

Hukum hakam dalam Forex Online Trading dan penukaran duit: Perspektif muamalat dan riba

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 373Words
  • 245Views

Hukum hakam berkaitan forex online trading hampir menyamai soal hukum hakam dalam pertukaran duit raya dan pinjaman konvensional.

Tukar duit RM100 sekeping dengan 100 keping duit RM1 ✅
Tukar duit RM100 sekeping dengan 101 keping duit RM1 ❌

Tukar duit RM dengan USD di money changer dan berlaku pertukaran milik dapat on the spot ✅

Tukar duit RM dengan USD secara online dan tidak berlaku pertukaran hak milik = forex online trading = ❌

Pinjam RM10,000 bayar balik RM10,001 ❌
Beli RM10,000 dan jual balik RM100,000 ✅

Ia berdasarkan hadith:

“Emas yang ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, (hendaklah) dilakukan secara sama kualiti dan kuantitinya, dan secara tunai (tidak bertangguh). Jika (dilakukan transaksi) berbeza jenis-jenis tersebut, maka lakukanlah jual beli mengikut apa yang kamu kehendaki, dengan syarat dilakukan secara tunai.”

– Hadith riwayat Imam Muslim (no. 1587)

Duit RM adalah ribawi, jadi apabila tukar duit dengan duit perlu sama nilai.

Jadi solusi terbaik untuk tukar duit raya, ialah tukar dengan sama nilai. Tukar duit kecil dengan nilai yang sama. Tukar duit baru pun dengan nilai yang sama. InsyaAllah, ia bebas daripada riba.

Adapun berkenaan bagi upah runner dalam urusan tukar duit, berbeza sedikit daripada situasi di atas.

Upah runner adalah akad berbeza daripada penukaran duit tadi. Contoh simulasi begini:

  • 1. A serah duit RM100 kepada B untuk tukar duit di bank.
  • 2. B pergi ke bank untuk tukar duit RM100 tadi dengan duit kecil
  • 3. B bawa duit tadi dan serah kepada A.
  • 4. A bayar upah kerja yang dilakukan oleh B sebanyak RM10.

Dalam transaksi di atas ada 2 muamalat utama.

1. A wakilkan B utk tukar duit di bank dan ada upah di situ. Ia dipanggil wakalah (perwakilan) dgn ujrah (upah). RM10 itu adalah upah, bukan riba.

2. B tukar duit kecil atau duit baru di bank. Ia kontrak mua’wadhah (penukaran) yang tertakluk dengan syarat di atas.

Berdasarkan ilmu cetek saya, ia tak berlaku riba.

Mesin ATM yang kenakan caj tidak sama dengan situasi di atas.

Mesin ATM sediakan servis pengeluaran wang, bukan servis penukaran wang.

Tambahan pula, ia fix berdasarkan penggunaan bukan berdasarkan amaun pengeluaran. Tidak ada riba.

Jika ada kesilapan, mohon pakar-pakar muamalat betulkan.

Moga kita semua selamat daripada dosa riba.

Wallahua’lam.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tempoh hari saya kongsikan info tentang pembiayaan peribadi yang disediakan…