fbpx

Projek perumahan swasta terbengkalai dan sakit: Senarai mengejutkan KPKT

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 257Words
  • 203Views

Terkejut membaca senarai “Senarai Projek- Projek Perumahan Swasta Kategori Sakit” yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini.

  • Ada beberapa kontraktor yang mempunyai lebih daripada satu projek bermasalah.
  • Majoriti projek bermasalah ini terletak di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
  • Majoriti ialah rumah landed berbanding rumah bertingkat.
  • Majoriti projek yang bermasalah ini siap sekitar tahun 2020 hingga 2022. Yang ni kita boleh faham sepanjang PKP sepanjang tempoh tersebut.
  • Tapi yang mengejutkan, ada yang paling lama ada projek yang sepatutnya siap pada 2014-2015!
  • Info lain yang lebih mengejutkan, projek yang ada kaitan dengan kerajaan pun turut bermasalah seperti
    – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
    – Projek Perumahan Awam Malaysia (PPAM)
    – Prima Corporation Malaysia (PR1MA)
  • Ada juga nama-nama developer besar dalam senarai projek bermasalah inj, antaranya Sime Darby dan Eco Setia.
  • Projek perumahan sakit berbeza dengan projek perumahan terbengkalai.
  • Projek sakit bermaksud projek yang mengalami kelewatan melebihi 30% berbanding kemajuan yang sepatutnya atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual Beli (PJB).
  • Projek terbengkalai pula ialah projek yang ditakrifkan sebagai projek-projek yang memenuhi kriteria berikut:

+ Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara berterusan; atau
+ Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1966; atau
+ Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver & Manager); atau
+ Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan; dan
+ Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Senarai penuh boleh rujuk di website KPKT.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hukum hakam berkaitan forex online trading hampir menyamai soal hukum…