fbpx

Hukum riba dalam forex dan kaitannya dengan QM

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 167Words
  • 287Views

Dalam diskusi berkenaan hukum riba dalam forex, ada yang mengaitkan dengan QM dan ini jawapan saya.

Emas adalah item ribawi, maka segala transaksi berkaitan emas wajib mematuhi urusniaga item ribawi umpama forex tadi.

Jika berlaku transaksi yg sama seperti forex dalam QM, maka ia riba.

  • Jika emas tidak wujud, maka ia riba.
  • Jika tidak berlaku pertukaran emas dengan wang dlm keadaan on the spot, maka ia riba.

Dlm hal ini, penasihat syariahlah yg bertanggungjawab atas perkara yg berlaku. Saya tak ada akses utk membuat semakan.

Berdasarkan maklumat, penasihat syariah sudah lakukan semakan utk memastikan semua patuh syariah.

Jika penasihat syariah sudah mengesahkannya patuh syariah, maka bukan tugas saya utk mempertikaikan.

Andai penasihat syariah sudah buat yang terbaik untuk pengesahan tersebut, kita orang awam boleh sahaja menerimanya, dan serahkan hal hukum dan urusan hari akhirat kelak kpd penasihat syariah.

Apapun pengesahan syariah bukan syarat utk sesebuah pelaburan itu bebas daripada risiko rugi.

Pelabur hendaklah melakukan due diligence utk pelaburan tersebut.

Wallahua’lam

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi saya berkongsi sebuah badan yang menjalankan crowdfunding, Sadaqa House.…