Mesej Pengadu Pinjaman Perumahan Konvensional Yang Sangat Menginsafkan

Saya baru terima mesej ini, mungkin jika ada rakan-rakan yg berpengalaman boleh bantu;

“Salam tuan afyan. saya tak tahu nak mengadu dekat siapa, sudilah kiranya tuan afyan jika ada kesempatan membantu saya.

saya telah membeli rumah prima di cyberjaya. Ketika menguruskan loan, saya sudah memaklumkan kepada pegawai bank untuk mengambil loan perumahan islamic dan pegawai bank telah mengatakan for muslim memang mereka akan bagi loan islamic terus (pegawai bank nonmuslim).

Tetapi setelah 1st disbursement saya mendapati bahawa loan perumahan saya adalah type conventional. Saya sedar type conventional memang sebenarnya tak patuh syariah, dan yang paling saya sedih dan risaukan adalah dosa riba.

Pegawai bank turut memaklumkan saya tidak boleh menukar type loan perumahan disebabkan sudah disbursement dan beliau meminta maaf sangat-sangat. Mungkin kesalahan yang tidak disengajakan.

Bantulah saya tuan afyan. Bagaimana saya nak menyelesaikan masalah ini sebab yang paling saya takut seksaan dalam kubur dan di akhirat kelak 😭😭”

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi