fbpx

Hutang bank tanpa faedah. Best nya hidup macam ni

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 582Words
  • 224Views

Subhanallah!

Best nya hidup kalau dapat macam ni

  1. Bank bagi hutang tanpa keuntungan langsung. Peduli apa pasal kos bank, kami pelanggan bukan peduli. Tapi bank tolong la peduli nasib kami sebagai pelanggan. Kami ada masalah kewangan, jadi kami nak pinjam 100,000 dan bayar balik 100,000. Kalau tak payah bayar balik lagi bagus. Barulah Islamik.
  2. Mesti berteraskan emas dan perak. Jangan guna wang fiat kerana semua ini adalah agenda Yahudi, Zionis, Rostchild. Semua ini agenda kafir untuk menjatuhkan ekonomi umat Islam.
  3. Jangan guna rule 76, BLR, BFR, FRB, OPR, atau sebarang sistem dan kiraan yang menggambarkan ia daripada sistem kapitalis kerana semua itu adalah riba.
  4. Internet banking mesti tip top, dan tak pernah down. Minta TAC hari ni, semalam dah dapat. 25 jam sehari, 8 hari seminggu, 400 hari setahun tanpa gagal atau down walau seminit. Jika tidak ia ialah zalim. Ada masalah? Kami taknak tau masalah bank.
  5. Pegawai bank mesti alim dan warak, pakai jubah dan kopiah. Semua muslimah mestilah bertudung labuh menutup aurat.
  6. Pusat panggilan pelanggan mesti jawab panggilan dalam masa 3 kali bunyi de ringan. Kami taknak tahu masalah bank.
  7. Mesin ATM ada di semua stesen petrol, semua restoran, setiap taman perumahan, setiap ceruk kampung. Islamic banking for All.
  8. Cawangan bank pun mesti ada di setiap taman dan ceruk kampung. Baru dakwah meluas.
  9. Kalau hendak buat pinjaman, tak perlu semak CTOS, CRIS. Semua ini zalim dan menindas. Perbankan Islam untuk semua.
  10. Penasihat Syariah tak perlu diberikan gaji atau elaun. Sepatutnya kena ikhlas. Mereka hanya perlu pakai kereta Proton Saga. Barulah menepati syariah. Jika pakai Merc, BMW adalah tak zuhud dan zalim.
  11. Pegawai bank tak perlu gaji mahal. Bukankah kerja adalah ibadah. Kalau gaji banyak sangat nanti zalim. Sepatutnya kena ikhlas lillahita’ala.
  12. Kos guaman, SNP dan sebagainya ditanggung bank. Peguam panel patutnya berikan khidmat percuma kerana ia adalah sumbangan untuk Islam. Kalau bayar lebih nanti zalim.
  13. Kalau pelanggan lewat bayar, jangan diambil sebarang tindakan kerana ia menindas dan menzalimi pelanggan. Kami nak bayar lewat, itu hak kami.
  14. Kalau bank dapat halalkan lagi bagus. Dapat banyak pahala membantu orang berhutang.
  15. Pinjaman diberikan automatik tanpa perlu memohon sebaik sahaja setiap rakyat ‘aqil baligh.
  16. Pemegang saham bank Islam tidak perlu mengharapkan keuntungan daripada modal yang dilaburkan. Cukup sekadar dengan mengharapkan redha Allah dan pahala di akhirat kelak.
  17. Ar Rahnu pula berikan pinjaman 100% atas harga emas dan tidak perlu upah simpan. Ia akan memudahkan proses produk baru ETA dan manipulasi tadi.
  18. Sediakan skim pembiayaan perkahwinan, dapat anak, beli kereta, beli rumah tanpa sebarang “riba”, upah, caj, keuntungan dsb, walau satu sen. Kalau bagi percuma lagi bagus. Contohnya, sesiapa yang berkahwin diberi RM10,000, dapat anak RM1,000.
  19. Bagi je la kereta dan rumah percuma kepada semua pelanggan. Itu lebih mudah.
  20. Semua dokumen, perjanjian, fail, kertas, mesin ATM, malah bangunan bank perlu dibacakan 30 juzuk Al-Quran untuk menambah berkat.
  21. Boleh buat forex trading. Kan bank buat forex?

Ada cadangan tambahan? Bagi komen. Cadangan bernas, saya akan masukkan.

Pelajari ilmu-ilmu kewangan secara PERCUMA di t.me/AfyanIFP

Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM29 sahaja! Harga biasa RM49, tapi sempena musim pesta buku, saya buat PROMOSI TERKEJUT RM29 sahaja (tak termasuk postage)

Klik

Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.

*Dalam pakej ini mengandungi

– Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG

– Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam

– Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.

– Sertai FB Group Bijak Merancang Wang

– Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran

*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
PANAS! Transkrip perbualan antara Amber Heard dengan Johnny Deep pada…