fbpx

Sengaja Saya Tak Komen

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 302Words
  • 519Views

Dia sengaja posting pasal saya, dengan harapan saya akan datang komen apabila geng-geng dia tag saya.

Tapi sengaja saya tak komen di sana, sebab tak guna popularkan orang begini. Sebab itu saya tutup nama dalam posting ini.

Ada tujuan saya post ke sini, sebab ada pengikutnya menyangka saya sudah blok dia. Saya memang tak pernah blok orang lain hanya semata berbeza pandangan. Kecuali akaun fake.

Dia post dgn gambar dan link FB saya, menyebabkan pengikut dia sangka saya sudah blok dia.

Walhal, dia pergi komen spam dekat FB saya bertalu-talu, sehingga FB trigger sebagai komen spam. Mana tidaknya, copy paste berkali-kali sehingga FB detect ia adalah komen spam.

Dah spam kat komen, kena detect spam kemudian play victim. Bak kata pepatah Arab, dia yang memukul tapi dia yang menangis.

Bro, carilah cara lain. Saya takkan layan orang yang kerjanya mencaci alim ulama.

Kalau tak setuju dengan pendapat alim ulama yang menyokong perbankan Islam, tulislah dengan bahasa yang elok.

 

Jelas ianya haram

Ya, riba itu haram memang ada dalam Quran dan Hadith. Tapi sistem perbankan tiada dalam Quran dan Hadith. Alim ulama yang keluarkan hukum perbankan Islam sebagai harus, bukan calang-calang.

Kalau nak dikatakan ulama kita sokong sebab ada kepentingan, dari awal-awal lagi mereka takkan keluarkan fatwa bahawa perbankan konvensional itu haram.

Tak perlu susah-susah nak tubuhkan bank Islam. Tapi ia tidak berlaku. Berpuluh-puluh tahun alim ulama kita membangunkan sistem perbankan patuh syariah. Untuk memberi alternatif umat Islam daripada terjebak riba.
Andai katalah, mereka silap, masih dapat satu pahala.

Tapi siapa kita yang tahu mereka silap? Hanya Allah yang tahu. Biarlah Allah yang menilai mereka di akhirat kelak.

Habis, yang kita duk mencaci alim ulama, kata mereka silap, kata mereka makan duit haram, berapa banyak pahala kita kumpul?

Berapa banyak sumbangan kita bagi kepada ummah?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Biasa dengan perbezan pendapatan dan pandangan Saya dah biasa berbeza…