fbpx

Hutang Umpama Kolesterol

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 337Words
  • 389Views

Hutang umpama kolesterol. Ada baik ada jahat.

Kena kawal “dia” supaya “dia” tak kawal kita.

Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin

HUTANG BAIK ATAU JAHAT?

Selalu sangat kita dengar perkataan hutang dalam kehidupan seharian kita kan sebab hutang ni boleh dikatakan sudah sebati dalam kebanyakan masyarakat hari ini terutamanya mereka yang bergaji.

Dengan hutang inilah ramai daripada kita mampu beli rumah, kereta, tanah dan sebagainya.

Tapi dengan hutang juga menjadi sebab seseorang tersebut mengalami masalah kewangan yang sukar malah hingga ada yang diisytiharkan muflis.

Dalam laporan oleh pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan bahawa mereka yang berumur antara 30 hingga 40 tahun adalah golongan terbesar yang telah mendapatkan khidmat daripada mereka.

Dalan usia muda ini, ramai yang terpengaruh dengan trend atau cara hidup yang suka berbelanja. Sebaik saja tamat pengajian dan mendapat pekerjaan, trend membeli kenderaan menjadi satu perkara biasa.

Malah untuk memenuhi keperluan mereka untuk membeli belah, melancong dan kehendak lain, mereka sanggup melanggan kad kredit dan berbelanja sehingga melebihi kemampuan mereka.

Kesannya menyebabkan mereka terbelenggu dengan keberhutangan yang tinggi dan akan menjejaskan pengurusan kewangan mereka terutamanya apabila telah memasuki fasa berkeluarga.

Menurut pihak AKPK, hal ini berlaku disebabkan oleh faktor perancangan kewangan yang lemah dan kos sara hidup yang tinggi.

Secara ringkasnya, hutang yang baik adalah hutang yang dibuat untuk membantu menambahkan pendapatan atau aset, manakala hutang jahat pula adalah hutang yang dibuat sekadar menjadi liabiliti dan lebih buruk menyebabkan komitmen kewangan semakin tinggi.

Tanya diri sendiri, sanggupkah kita menjadi hamba hutang selama-lamanya?

Jika jawapannya tidak, maka untuk mengatasi masalah ini mahu atau tidak kita kena belajar ilmu pengurusan kewangan seawal mungkin supaya masalah seperti ini dapat dielakkan.

Antara individu yang boleh dijadikan mentor dalam pengurusan kewangan adalah tuan Afyan Mat Rawi.

Beliau baru sahaja melancarkan ESeminar Bijak Mengurus Kewangan (BMW) yang memberikan pencerahan berkaitan kaedah dan cara mengurus kewangan dengan betul.

Dengan memiliki ESeminar #BMW ini kita akan memiliki 1 ebook dan 17 video tentang ilmu kewangan.

Untuk memilikinya hanya perlu klik link :

eSeminarBMW
eSeminarBMW
eSeminarBMW

 

#Share sekiranya bermanfaat.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Throw back, 3 tahun lalu. Masa ni badan gempal sikit,…