fbpx

Isu beg berat sejak tahun 1980 tapi masih belum mampu diselesaikan

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 293Words
  • 375Views

Seingatan saya, pertama kali saya mengikuti isu beg sekolah berat adalah pada tahun 1993, ketika berada di tingkatan 1

Ia masih segar dalam ingatan kerana ketika itu dijalankan jadual anjal apabila jadual mata pelajaran akan berubah-ubah setiap minggu.

Apabila dibuat carian, rupa-rupanya isu beg sekolah berat ini sudah menjadi topik utama majalah Dewan Masyarakat sejak tahun 1980 lagi!!!!

Dan hampir saban tahun isu ini menjadi bahan berita.

Makannya sudah 42 tahun! Masyarakat!!!!

Jika budak yang lahir tahun 1980, sekarang sudah jadi bapa budak.

Perdana Menteri sudah bersilih ganti. Kerajaan pun sudah tukar banyak kali. Menteri Pendidikan pun lagi banyak kali bertukar dlm tempoh 42 tahun itu.

Teringat komen-komen berkenaan isu ini daripada ahli-ahli politik yang kata mereka concern tentang isu ini.

Menteri Pendidikan dan PM caretaker daripada kerajaan PN bersuara.

Bekas Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan zaman kerajaan PH bersuara.

Bekas PM zaman BN pun bersuara.

Kebetulan isu ini meletup menjelang PRU yang tidak lama lagi.

Jadi, masing-masing try hard untuk political millage mereka menjuarai Isu ini.

Jadi, siapakah lagi yang rakyat boleh harapkan?

Nampaknya tidak boleh diharapkan kepada ahli politik untuk menjaga Kementerian Pendidikan.

Dalam hal berpolitik, saya bukanlah orang yang neutral. Tapi dalam hal ini sejujurnya saya tidak percayakan kepada mana-mana pakatan politik yang serius untuk menangani isu ini.

Terbaca satu komen yang mengatakan bahawa isu beg berat ini berpunca apabila terlalu banyak mata pelajaran dan buku. Dan ia berpunca apabila hendak memberi projek pencetakan buku kepada kroni-kroni ahli politik. Makin banyak buku bermakna makin banyak projek percetakan buku yang boleh diagihkan. .

Benarkah? Jika benar ia berita buruk untuk masa depan negara. Tukar kerajaan pun belum tentu selesai masalah ini.

Sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan diketuai oleh ahli akademik yang bukan politician dan diuruskan secara bebas tanpa campur tangan politik.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Nur Najiehah Tukiman https://www.facebook.com/nurnajiehah/posts/pfbid0254Vt3y1YRDqQFYR6AAQq3GnwCMtfLY68x3zfv75Fr4JQeZwwPP89HbVudnvv7iNZl Bila Tuan Afyan…