fbpx

Isu cikgu zahran: Pengajaran buat ejen & syarikat takaful

  • 2Minutes
  • 287Words
  • 93Views

Saya simpati dengan apa yang berlaku kepada Cikgu Zahran.

Saya pelanggan dan saya juga seorang ejen. Pernah juga berhadapan dengan situasi sebeginj

Sebagai seorang ejen, saya sokong pendedahan sebegini daripada pelangga, walaupun ia melibatkan syarikat yang saya wakili, jika benar berlaku kezaliman dan ketidakadilan terhadap pelanggan.

Suka saya komgsikan beberapa perkara penting.

1. Jika produk takaful yang diambil itu jenis standalone dan tidak mempunyai cash value, memang benar polisi akan terus tamat apabila tidak ada bayaran diterima selepas tamat tempoh grace period 30 hari.

2. Perkara ini sepatutnya dijelaskan dari awal oleh ejen ketika pelanggan sign up, supaya tidak timbul kekeliruan di kemudian hari.

3. Namun, berdasarkan maklumat daripada tulisan Cikgu Zahran, polisi itu dilanggan secara direct melalui laman web syarikat

4. Memang kebiasaannya, produk takaful yang dilanggan secara terus dari syarikat ini tidak mempunyai cash value, serta tiada ejen.

5. Walaupun begitu, saya berpandangan syarikat sepatutnya tetap ada sistem peringatan, melalui SMS, emel, atau panggilan, sebelum sesuatu polisi ditamatkan.

6. Tidak kira melalui ejen atau tanpa ejen, sistem tersebut patut ada untuk peringatan kepada pelanggan memandangkan kontrak pelanggan adalah antara mereka dengan syarikat takaful, bukan dengan ejen.

7. Ejen hanyalah pemudah cara. Ejen mungkin akan resign, pindah kompeni, meninggal dunia dan sebagainya, dan dalam masa sama kontrak polisi antara pelanggan dangan syarikat berjalan seperti biasa selagi mana klien membuat bayaran.

8. Jika sistem itu sudah ada dan pelanggan abaikan peringatan pembayaran tersebut, maka beban tersebut bukan lagi ke atas syarikat takaful sekiranya polisi lapse.

Saya doakan semoga Cikgu terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Pendedahan ini sangat penting sebagai peringatan kepada kami ejen-ejen agar lebih bertanggungjawab dalam memberi penerangan dan tidak hanya fokus kepada jualan semata-mata.

Wallahua’lam.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy
(Ejen takaful sejak 2003)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami Kerana takdir Yang…