fbpx

Isu Dr Maszlee dan Stokin

  • 6 years ago
  • 3Minutes
  • 418Words
  • 416Views

Izinkan saya beri pandangan sebagai seorang wartawan.

Isu Dr Maszlee Malik dan stokin.

Sebagai seorang wartawan, apabila menghadiri sesuatu acara, kita perlu tahu siapa VIP yang hadir. Dalam isu ini, Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan yang hadir. Maka, wartawan perlu bersedia dengan isu yang boleh dijawab Dr Maszlee.

“Kan Dr Maszlee pegi PPUM. Buatlah stori pasal PPUM”

Stori berkaitan PPUM memang ada. Kau carilah. Dan kau kena tahu, bukan semua orang nak baca berita pasal PPUM kecuali kau kakitangan PPUM atau kau pernah sakit dan dimasukkan ke wad di PPUM.

“Dah tu, kenapa tanya pasal stokin”

Isu stokin ini dibangkitkan oleh Datuk Ameer Ali Mydin yang juga bos besar Mydin. Beliau juga ialah Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera. Beliau mewakili orang berniaga yang sudah tentu tidak pasti berapa banyak stok kasut atau stokin hitam/putih yang perlu disimpan. Nampak remeh ke? Pada kau remeh la. Sebab kau bukan peniaga.

Janganlah salahkan wartawan. Ia hanya susulan daripada kenyataan Datuk Ameer. Kang bila tak tanya, kau cakap wartawan tak buat kerja. Kau jugak yang bising tak tahu anak kau pegi sekolah nak pakai stokin warna apa. Dan Dr Maszlee hanya menjawab soalan wartawan. Kang kalau dia tak jawab, kau cakap dia tak prihatin dengan rakyat.

“Ala benda macam tu pun nak kena tanya menteri ke”

Abis tu takkan nak tanya kau? Dah dia Menteri Pendidikan, dia la jawab hal berkaitan persekolahan anak kau. Kalau tanya Mat Sabu, wartawan jugak yang kena bambu.

“Banyak lagi isu pendidikan lebih penting boleh ditanya. Kenapa tanya hal stokin”

Betul. Isu pendidikan yang lebih penting memang banyak. Adakah dengan menjawab isu stokin menjadikan menteri lupa isu pendidikan lain?

Kau kena faham. Hidup ini bukan berkisar mengenai kau seorang saja. Pada kau, isu stokin ni merepek, mengarut dan buang masa. Tapi, itu kau.

Kau pernah fikir orang lain yang ada 5 anak bersekolah tahun depan? Suami je kerja, isteri hanya suri rumah. Nampak remeh je hal stokin, tapi kalau dah kena tukar warna, tak ke si ayah kena beli serba baru. Stokin walau pakai kat kaki dan tak nampak sangat di mata, takkan kau nak beli sepasang je untuk anak kau. Sedikit perubahan, boleh buat si ayah termenung panjang fikirkan hal duit.

Ingatlah, hidup ini bukan berkisar mengenai kau saja.

(Tulisan ini saya copy paste dari FB Puan Syarifah Dayana, wartawan Harian Metro dan saya bersetuju dgn pandangan beliau. Saya copy paste sebab tulisan itu hanya untuk friend sahaja dan CnP selepas dapat izin)

Afyan Mat Rawi
Pernah belajar ilmu kewartawanan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini antara kes salah laku ejen takaful yg diadukan kpd…