fbpx

Isu halal Bungkus Kaw Kaw: Penjelasan dari pihak syarikat

  • 3Minutes
  • 418Words
  • 40Views

Ketika kecoh isu Bungkus Kaw-Kaw minggu kepas, saya update satu posting ringkas

“Kenapa Bungkus Kaw Kaw masih dalam proses persediaan bagi permohonan sijil halal sedangkan banyak outlet sudah lama beroperasi?”

Untuk bertabayyun, saya hantar persoalan sama ke kotak mesej FB mereka.

Mereka respon dengan baik dan memohon untuk menghubungi saya melalui telefon untuk membuat penjelasan.

Saya dihubungi Pegawai Eksekutif Halal syarikattersebut, Cikpuan Natasha seorang Muslim dan pernah bekerja dgn jawatan sama di sebuah sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian restoran halal lain.

Untuk berlaku adil, saya kita elok saya kongsikan dapatan saya untuk rakan-rakan membuat penilaian sendiri.

Beliau memberi penjelasan panjang lebar dan berkongsi bahawa mereka sudah berusaha sejak setahun lalu untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM.

Kata beliau, ketika awal Bungkus Kaw-Kaw ditubuhkan, syarikat tidak menjangka outlet-outlet mereka mendapat sambutan memandangkan ia bukanlah perniagaan pertama yang founder mereka usahakan dan tidaklah mendapat sambutan seumpama ini.

Tambahan pula katanya ketika itu syarikat sedang usahakan persijilan halal untuk satu lagi brand iaitu Ah Cheng Laksa, kemudian tahun 2020 dan 2021 negara dilanda pendamik dan berlaku PKP.

Hanya pada tahun 2022 beliau masuk ke syarikat tersebut dan mengusahakan ke arah persijilan halal untuk setiap outlet.

Setakat ini hanya central kitchen dan jenama Ah Cheng Laksa sudah mendapat penarafan halal JAKIM, tapi outlet-outlet lain masih belum.

Saya juga sempat bertanyakan tentang isu video yang viral bahawa makanan yang dihantar ke outlet mereka daripada vendor bukan Islam. Kata beliau, semua makanan yang dihantar datang dari central kitchen dan juga vendor yang memiliki persijilan halal.

Yang bukan Islam hanyalah pemandu atau pekerja yang menghantar makanan tersebut ke outlet-outlet mereka yang ada hampir 100 di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Secara peribadi, saya berpuas hati dengan jawapan itu. Namun, itu bukan bermakna saya ingin back up.

Sebagai orang Islam, saya percaya penting untuk bersikap adil walaupun kepada semua termasuk perniagaan yang dimiliki oleh bukan Muslim.

Dalam perbualan dengan pegawai itu, saya sempat menyampaikan harapan saya untuk melihat lebih banyak usahawan Muslim membina empayar perniagaan yang besar, seperti yang telah dicapai Bungkus Kaw-Kaw dan jenama-jenama bukan Muslim lain seperti Banana Bro dan Zus Cafe (sekadar menyebut beberapa nama.

Jauh di sudut hati kecil saya rasa kagum dengan jenama-jenama ini berniaga dalam bidang F&B dan berusaha mendapatkan status halal JAKIM bagi menarik pelanggan Muslim yang mempunyai kuasa beli terbesar di negara kita.

Dalam masa sama saya tetap utamakan sokongan terhadap perniagaan Muslim. BMF tetap di hati sekalipun tidak serancak dulu.

Besar harapan saya agar muncul lebih ramai usahawan Muslim berjaya! Jommm aminkan!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mulakan Kerjaya Anda sebagai Perunding Takaful Online Hanya dengan Telefon…