Isu hibah takaful: Cadangan jaminan guaman untuk pelanggan takaful selepas cabaran hibah

Isu hibah takaful RM1 juta yang sedang dicabar ini sebenarnya menjadi satu wake-up call untuk seluruh industri takaful mengambil iktibar.
Selama bertahun-tahun-tahun-tahun, hibah takaful sering dipromosikan dengan mesej bahawa ia adalah jalan pintas untuk elak faraid.
Ramai juga ejen menambah naratif bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar, seolah-olah ia satu jaminan mutlak yang tidak boleh disentuh undang-undang.
Apabila timbul kes sebegini, barulah ramai membuka mata bahawa apa sahaja dokumen, walaupun lengkap dengan undang-undang dan peraturan, tetap boleh dicabar di mahkamah.
Hakikatnya, isu sekarang bukan lagi soal sama ada hibah takaful boleh dicabar atau tidak.
Yang lebih penting ialah sejauh mana dokumen hibah takaful mampu dipertahankan dengan asas undang-undang yang kukuh apabila dicabar.
Dalam masa sama, pemegang sijil takaful sedia ada tidak perlu terlalu risau.
Secara asasnya, harta pusaka tetap akan jatuh kepada faraid mengikut hukum syarak.
Sijil takaful yang ada kekal sah walaupun dalam senario terburuk sekalipun, iaitu jika kes ini kalah di mahkamah.
Manfaat takaful tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang perubahan automatik.
Malah, jika coverage takaful tidaklah besar mana, waris yang tidak puas hati sekalipun biasanya tidak berbaloi untuk mencabar di mahkamah kerana kos guaman boleh mencecah ratusan ribu ringgit, sebagaimana yang terbukti dalam kes yang sedang berlangsung ini.
Isu hanya akan timbul sekiranya terdapat cabaran undang-undang daripada pihak tertentu pada masa hadapan.
Inilah sebabnya penting untuk difahami bahawa faraid sebenarnya sudah cukup cantik sebagai asas agihan harta pusaka.
Hibah pula berfungsi sebagai instrumen tambahan untuk kes-kes tertentu dalam perancangan harta, bukannya untuk semua.
Kes ini sepatutnya menjadi wake up call kepada pengendali takaful, penasihat kewangan, dan ejen untuk lebih berhati-hati dalam memberi penerangan kepada masyarakat.
Ia juga peringatan supaya mesej pemasaran tidak melampaui batas realiti undang-undang.
Jangan hanya kejar komisen, kejar bisnes, kejap trip ke luar negara, tayang kereta, tayang duit tapi gagal dalam aspek memberi nasihat perancangan harta dengan betul kepada pelanggan.
Juga saya ulangi cadangan saya kepada syarikat-syarikat takaful, berikan jaminan khidmat bantuan guaman secara pro-bono kepada para pelanggan sekiranya berlaku cabaran di mahkamah.
Akhirnya, isu ini diharap dapat membuka ruang muhasabah dan mendorong industri untuk memperkemas garis panduan.
Tujuannya ialah agar waris tidak terbeban dengan cabaran guaman yang mahal semata-mata untuk menuntut hak mereka.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

