Isu hibah takaful: Ujian besar buat waris dan wake-up call industri

  • 3Minutes
  • 516Words
  • 20Views

Terkejut juga menerima perkhabaran ini.

Difahamkan, keluarga balu arwah yang menerima wang hibah takaful RM1 juta yang sedang dicabar itu, kini sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan muflis dan tidak mahu meneruskan kes berkenaan.

Jika benar perkara ini berlaku, ia bukan sahaja menjadi satu khabar duka buat keluarga berkenaan, bahkan ia juga memberi tamparan hebat kepada industri takaful keseluruhannya.

Instrumen yang sepatutnya menjadi benteng perlindungan kewangan untuk keluarga yang ditinggalkan, kini berdepan dengan ujian yang tidak pernah kita jangka.

Kadang saya terfikir, ini adalah kifarah daripada Allah sebab selama ini ramai ejen takaful perlekehkan faraid dan dakwa bahawa hibah takaful lebih baik daripada faraid.

Ramai juga ejen menambah naratif bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar, seolah-olah ia satu jaminan mutlak yang tidak boleh disentuh undang-undang.

Malah ketik ia mula-mula kecoh tempoh hari, ada ejen takaful yang juga peguam masih pertahankan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar.

Harap dia boleh muncul tawarkan khidmat secara pro-bono kepada balu malang berkenaan.

Apabila timbul kes sebegini, barulah ramai membuka mata bahawa apa sahaja dokumen, walaupun lengkap dengan undang-undang dan peraturan, tetap boleh dicabar di mahkamah.

Hakikatnya, isu sekarang bukan lagi soal sama ada hibah takaful boleh dicabar atau tidak.

Yang lebih penting ialah sejauh mana dokumen hibah takaful mampu dipertahankan dengan asas undang-undang yang kukuh apabila dicabar.

Dalam masa sama, pemegang sijil takaful sedia ada tidak perlu terlalu risau.

Secara asasnya, harta pusaka tetap akan jatuh kepada faraid mengikut hukum syarak.

Sijil takaful yang ada kekal sah walaupun dalam senario terburuk sekalipun, iaitu jika kes ini kalah di mahkamah.

Manfaat takaful tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang perubahan automatik.

Malah, jika coverage takaful tidaklah besar mana, waris yang tidak puas hati sekalipun biasanya tidak berbaloi untuk mencabar di mahkamah kerana kos guaman boleh mencecah ratusan ribu ringgit, sebagaimana yang terbukti dalam kes yang sedang berlangsung ini.

Isu hanya akan timbul sekiranya terdapat cabaran undang-undang daripada pihak tertentu pada masa hadapan.

Inilah sebabnya penting untuk difahami bahawa faraid sebenarnya sudah cukup cantik sebagai asas agihan harta pusaka.

Hibah pula berfungsi sebagai instrumen tambahan untuk kes-kes tertentu dalam perancangan harta, bukannya untuk semua.

Kes ini sepatutnya menjadi wake up call kepada pengendali takaful, penasihat kewangan, dan ejen untuk lebih berhati-hati dalam memberi penerangan kepada masyarakat.

Ia juga peringatan supaya mesej pemasaran tidak melampaui batas realiti undang-undang.

Jangan hanya kejar komisen, kejar bisnes, kejap trip ke luar negara, tayang kereta, tayang duit tapi gagal dalam aspek memberi nasihat perancangan harta dengan betul kepada pelanggan.

Juga saya ulangi cadangan saya kepada syarikat-syarikat takaful, berikan jaminan khidmat bantuan guaman secara pro-bono kepada para pelanggan sekiranya berlaku cabaran di mahkamah.

Saya sendiri tidak tahu lagi hendak komen apa dah apabila membaca keluhan Sdra Shahrul Sabri, adik kepada balu yang sedang berhadapan dengan cabaran hibah takaful di mahkamah.

Hanya doa yang mampu saya titipkan agar keluarga balu tersebut diberikan kekuatan, ketenangan, dan jalan keluar yang terbaik daripada Allah.

Semoga ujian besar ini menjadi asbab kebaikan yang lebih luas buat mereka, dan menjadi peringatan serius kepada semua pihak dalam industri untuk menambah baik sistem perlindungan dan sokongan kepada waris yang terkesan.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Mohon pihak berkuasa untuk memberi peringatan kepada semua pakar patologi,…